


Bila kak Ti & family sampai, dah jadi macam siri jejak kasih. Dah besar anak2 kak Ti...Icam tu sangat comel! Kak ti di luar tetap sama seperti kak ti di dlm YM atau phone. Bersuara lembut macam anak dara...apa lagi bermula juga sessi snap gambar. rasa macam banyak snap tp bila upload masuk PC macam sikit pula..tak puas tgk. Lepas puas ambil gambar kitorang pun memulakan aktiviti yang di rancang...meredah pesta buku!
Aku malas sgt nak cerita ttg pesta buku sbb pesta buku kali ni macam tak best..sbb booth2 bersepah-sepah tak macam yang lepas2. Nasib baik Ammar (esp) & Riana memberikan kerjasama yang cukup baik. Daddy juga dah siap2 bagi mommy duit banyak2 untuk belikan buku anak2...dia tau sgtla apa yang terjadi kalau anak2 dia nampak buku (dan mainan) TQ daddy!
Habis membeli-belah kami kembali ke The Mall untuk lunch...full house. akhirnya tapau KFC dan makan di bilik kak Ti! hahahah org malaysia dtg rumah org singapura plak dah...terbalik kut sungguh. But really masa dlm bilik tu enjoy sikit berborak2 dengan kak ti dan family. Kak ti mmg bertuah, hubby kak ti juga ramah dan mudah masuk dgn teman2 kak ti...mmg seronok la time tu. Ammar yg sibuk melukis, nyaris2 takmo balik...dia kalau dah asyik mmg macam tu la.
Akhirnya dengan berat hati kami melangkah pulang...itupun sebab hari dah hujan. Lagipun kak Lyn dah ckp nnt komuter sesak. Benar bagai di kata..kami semua bersesak dlm tu!walau apa pun semua tu worth it sebab dapat bertemu dgn kak ti. Andai ada umur yang panjang, kita jumpa lagi! Salam sayang dari kami sekeluarga di Malaysia. Thank you for everything kak Ti!

2 comments:
hahahah...one day let me have a look...
swollen lips sound bad lah actually...
not bee sting ah? Any bumps on skin like insect bit onot?
did you take any antibiotics / medicines before kena the swelling?
you should see a doctor soon though.... if i'm not there, you can see my colleagues at the clinic.... i will inform them when you go.
better go first coz i dunno when i'll be in the clinic....still no time table yet. thought i would get the time table today.
Post a Comment