Saturday, January 16, 2010

Tinkerbell & The Lost Treasure


Aku baru je habis download movie ni. Seperti biasalah aku memang suka kisah2 fairy tale ni. Bukan sebab aku percaya tapi khayalannya terlalu indah rasanya. Movie Tinkerbell yang pertama mmg sangat seronok membuatkan aku taknak ketinggalan movie yang seterusnya. Kali ini walau ia penuh fantasi dan khayalan, aku belajar satu pekara. Ada baiknya aku story morykan kisah ni :

Tinkerbel, seorang fairy yang sangat berbakat dalam merekacipta. Dia telah di pilih untuk membuat tongkat khas untuk meletakkan moonstone yang hanya di temui 300 tahun sekali. Entah macam mana moonstone yang sangat berharga tu pecah. Tinkerbell kemudian mendapat tahu bahawa ada sebuah cermin ajaib yang boleh menunaikan 3 hajat. 2 hajat sudah di gunapakai oleh lanun neverland beratus tahun dulu dan kini hanya tinggal 1 hajat lagi. Tanpa lengah lagi Tinkerbell memulakan mengembaraannya untuk mencari cermin tersebut. Dia ingin mengembalikan moonstone yang telah pecah itu. Dia menempuh pelbagai dugaan sepanjang perjalanannya. Malang bagi tinkerbell (dia ni a bit clumsy), dia tersalah sebut masa nak buat hajat. Maka tak berjayalah dia nak betulkan kembali moonstone tu. Dalam perjalanan balik dia bersama teman baiknya Terence cuba menyiapkan tongkat khas tu. Tinkerbell tiba tepat pada masanya. Suspen betul masa dia nak buka tongkat tu...rupanya dia lekatkan setiap serpihan moonstone yang pecah pada lingkaran2 bahagian atas tongkat tersebut! What a brilliant idea Tinkerbell!

Ketika itu aku terfikir. Hidup kita selalunya tidak seperti yang kita inginkan. Sama seperti yang terjadi pada Tinkerbell. Tapi apa yang penting adalah kebolehan untuk kita berfikir secara kreatif atau berfikir di luar dari kebiasaan. Itu yang sebenarnya membuatkan kita unik dan mudah untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Hingga ke saat ini, aku sedang asyik berfikir, menganalisa kembali hidup aku yang juga seringkali berhadapan dengan pekara yang tidak kita harapkan berlaku...mungkin kali ini aku harus berubah kepada mode kreatif!

2 comments:

dlittlekitchen on January 17, 2010 at 6:06 PM said...

betul gaks bel, cam kita wat cake laa, kadang senget sana senget sini, tp camne kita nk pikir supaya end result look perfect.. tul x?

agree sesangat, life pon kita kena creative cover sana cover sini and end of the day, we happy and satisfied...

beldandy on January 18, 2010 at 10:29 AM said...

ye betul kyra..masa bel tgk part tu bel mmg betul2 terfikir...that life will not always be like we wanted...so we must adjust!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template