Monday, June 22, 2009

When Lychee & Corns collides

Hati dah niat nak buat kek laici. Puas aku cari resepinya tapi hanya jumpa 1 sahaja. kalau ikutkan aku takkan buat sbb takde comparison yg blh di buat. Tapi tekak sgt2 nak cuba so aku buat juga. Lagipun ada hajat nak bagi staff department aku rasa. Bila kek dah siap, ammar yang tak menyempat-nyempat nak makan, so aku tak sempat nak frost the cake. So untuk bawa ke office aku potong 4 segi dan masukkan dlm paper cup. Pipe fresh cream dan letak sebiji laici di atas. Siap. rasa kek ni lebih sedap di makan sejuk dan MESTI ada topping baru ada umpphh!


Sayang pula dah lama 'cabar' aku buat puding jagung. Kata nya dia suka...aikk! dah lebih 5 tahun kahwin baru nak cakap you suka? Kalau you cakap dari dulu i buatkan tau! So pagi2 sambil tunggu Sayang pump kolam, aku duk menggodek puding jagung. Resepi ni aku ambil dari MyResepi. Sangat recomended..sedap banget! thanks F&N for the recipe!

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air. Gaul rata sebelum letak atas dapur.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.Ia akan jadi pekat just before menggelegak dan akan kelihatan cair sedikit sewaktu menggelegak. Teruskan mengacau tanpa henti sehingga ia kembali pekat dan berkilat. kalau tak masak betul, puding akan cepat basi.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.
Aku suka resepi ni sebab ia tak terlalu manis dan tak terlalu lemak kerana menggunakan susu cair. Just nice! Siap je masak, panas2 tu aku ceduk masuk dlm mangkuk. Pergi tepi kolam dan suap Ammar, Riana & Sayang makan....sedappp....selamat mencuba!

6 comments:

Zilla on June 23, 2009 at 7:27 AM said...

cayukla bel...

ne biler nak belanja ne?

Taichee~@! on June 24, 2009 at 10:38 AM said...

Bel mmg terbaek bab buat kek~@! Oeh lazatnya. Boleh deliver kat Kuching tak? Me is lapoooo

anyss on June 24, 2009 at 12:32 PM said...

Alamak! sukarnya nak tahan lelehan air liur ni...dah pun sampai dagu! adussssssssss!

beldandy on June 24, 2009 at 4:44 PM said...

zila...bila kita jumpa bel belanja ok!

Chee..not terbaik lagikk but thanks dear.

anyss...bel dah kasi resepi...nnt blh cuba! *wink*

Zilla on June 25, 2009 at 3:48 PM said...

bila tu bel? hehehe

aritu kiter singgah border times square..tingat kat bel tapi takutlak nak call...hehehe

beldandy on June 25, 2009 at 4:54 PM said...

tang bila tu amat payah nak jawab kan?

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template