Thursday, May 7, 2009

Syukurku...

Sejak beberapa hari ini aku sering terpandang dia.
Melihat dia sahaja bisa buat hatiku sayu dan lantas mengundang takungan airmata .
Namun pada masa yang sama dia buat aku rasa rendah diri...dan sering ingat kembali siapa aku.

"Berapa umur dia?"
"5 tahun kak..." Aku sedikit terkejut.
"Tapi dia sakit kak...dia tak boleh berdiri sendiri. Berdiri pun berpaut pada cot tu."
Aku terus kelu. Air mata terasa menghambur bagai ribut taufan di tubir mata.
Aku terus berlalu dengan Riana bagi melindung air mata yang kian tumpah.
Dia sangat comel...Namun kerap kali aku lihat dia sekadar bergolek di dlm cot...atau berdiri memerhatikan baby2 bermain...arghhhh!

Dalam kereta aku menyeka airmata dgn hujung jari sambil mengerling Riana di baby seat belakang. Lantas aku memanjatkan seribu kesyukuran buat Allah yang maha Kuasa. Terima kasih kerana mengurniakan aku dgn zuriat yang sempurna ini. Sekali lagi mataku kabur dek air mata.

Sejak itu aku akan tersenyum lebar bila dia memandangku penuh erti.
Aku cuba memahami erti pandangannya.
Aku juga cuba menyelami perasaan ibubapanya...tapi yg aku dpt hanya airmata.
Mereka insan tabah. Aku doakan mereka di kurniaan darjat yang tinggi untuk kesabaran itu.
Aku tak tahu samada aku akan kuat untuk hadapi dugaan yang sama...nauzubillah.

Sesekali aku bekalkan Ammar & Riana kek untuk makan ramai2 dengan cikgu2 dan kawan2.
Ammar juga seronok mengusung tupperware yang berat berisi kek untuk ke nursery.

4 comments:

TashadeNatasha on May 7, 2009 at 9:34 PM said...

syukur alhamdulillah...

Unknown on May 8, 2009 at 1:05 PM said...

syukur anak2 kita sihatkan bel..kadang2 danipun pikir yang sama..bayangkan anak berada dlm keadaan yang menyedihkan...tak sanguupkan..lagi satu'allah takkan turunkan satu ujian jika die tahu hambanya tahan terhadap ujian yang diberikan'
thanks bel..danipun rasa syukur gak..

Unknown on May 8, 2009 at 2:04 PM said...

kadang2 bila kita lupa, 'mereka' ni lah yang selalu ingatkan kita.

wannie ross on May 8, 2009 at 11:15 PM said...

Hati ibu, cepat tersentuh. Kalau hati orang yang belum atau tak punya anak, perasaan itu berlainan. Toddler tu sakit apa Bel?

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template