Thursday, March 12, 2009

Apa kecohnya PPSMI?

Susah bila sesuatu pekara tu di politikkan.

Pagi tadi the HotFM Am kru duk discuss pasal PPSMI, samada patut di teruskan atau di hentikan terus. Masing-masing bagi pendapat yang berbeza. Cuma ada beberapa org yang aku rasa macam tak fikir panjang sebelum buka mulut.

Ini sekadar pandangan peribadi aku terhadap senario PPSMI. Actually aku sangat ambil berat sebab ia bakal melibatkan masa depan anak-anak aku. Bagi aku PPSMI adalah satu usaha yang bagus cuma perlaksanaannya agak kurang di kemaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang aku nampak :

1) PPSMI harus di mulakan sejak dari awal iaitu tadika. Tak boleh tiba-tiba tingkatan satu mereka harus belajar Math atau Sc in english...memang susah nak faham dan nak mahir. At least bila mula dari awal mereka akan faham asanya math n Sc dlm bahasa inggeris di samping memperkayakan lagi vocabulary mereka. Harus di ingat bahasa inggeris literature agak berbeza dari bahasa inggeris teknikal.

2) Guru terbabit haruslah competent, bukan setakat in Math & Sc, tapi juga dalam pengunaan bahasa Inggeris. Macam mana nak ajar anak murid kalau cikgu sendiri pun tunggang langgang serta tak mahir? Dia sendiri tak faham lagi nak kasi anak murid faham? Anak murid akan cepat faham jika cikgu tu tahu how to explain in easy english bukan complicated english (konon).

3) Ibu bapa juga harus memainkan peranan penting. Kita harus faham bahawa PPSMI bukan untuk menghapuskan bahasa ibunda tapi untuk membantu anak-anak kita menimba ilmu dengan lebih dalam. Boleh kata kebanyakkan buku di tulis dalam bahasa inggeris malah untuk mahir dalam pengunaan internet juga memerlukan sedikit pemahaman dalam bahasa inggeris. Kebanyakkan info yang ada dalam bahasa inggeris. Bila anak ada masalah kerja rumah, jangan malas buka kamus. Ia juga bagus untuk perkembangan diri sendiri. Di samping itu teruskan menggunakan bahasa ibunda bila berkomunikasi...takkan pupusnya bahasa malaysia selagi kita gunakan ia.

4) para ilmuan yang terlibat harus memperkuatkan lagi bahasa ibunda pada masa yang sama. Lemahnya kita sekarang kerana bahasa malaysia masih kurang vocabulary atau ada tapi tak di perluaskan penggunaannya. Terpaksa kita adapt vocabulary inggeris untuk jadi bahasa malaysia. Mungkin DBP boleh mainkan peranan yang penting di sini.

Aku rasa pelik bila ada yang mengatakan takut pupus bahasa ibunda. Aku rasa tak mungkin, selagi kita semua masih menggunakannya ia tetap akan wujud sebagai bahasa Malaysia. Aku sendiri walau pro PPSMI aku masih menggunakan bahasa ibunda di rumah, di pejabat, di blog, di mana juga aku berada. tapi pada masa yang sama aku takmau abaikan kepentingan belajar bahasa Inggeris. Apa mereka ingat bila anak2 itu belajar math & Sc. in english mereka terus tak tau cakap melayu? habis kat rumah cakap bahasa apa? Aku sendiri pernah belajar Math dlm english masa form 2 (betty, sure ko ingat ni kan?) Mrs. Yeap terkejut bila kami sekelas meminta dia ajar kami dlm bahasa inggeris dan akur dgn permintaan kami. Disebabkan dia mahir dalam inggeris jadi pengajaran math itu berjalan dgn lancar dan kami tiada malasah untuk faham setiap apa yang dia ajar. Dia juga pandai memilih perkataan serta ayat yang mudah untuk kami fahami. tak pula kami gagal ujian Math...dan tak pula kami mula lupa nak cakap bahasa malaysia...

Mereka sibuk bimbang tentang bahasa inggeris yang konon menggugat bahasa ibunda tapi mereka lupa ada satu lagi bahasa yang lagi bahaya yang sebenarnya boleh membuatkan bahasa ibunda yang kita sayang dan banggakan sangat ni. it is Bahasa SMS. Sangat jelik dan memualkan. Dah makan ke jadi Dh makn kerr? lupa jadi luper, sayang awak jadi cayunk awaks and bla bla bla...belum lagi cerita pasal short form yang di reka tapi tak masuk dlm perbendaharaan kata...terlalu banyak dan jelik bagi aku. Bukankah ini lebih teruk jika di bandingkan dnegan bahasa inggeris tu? dek terlalu biasa gunakan bahasa sms ni most student or most rakyat akhirnya bakal lupa ejaan sebenar...tak percaya? tanyalah cikgu-cikgu bahasa malaysia kat sekolah macam mana murid-murid dia buat karangan. Aku jamin mesti ada yang terbabas eja ayat macam ayat SMS. Inilah yang harus di bendung sebenarnya. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata boleh plak tak nampak. Sungguh menghairankan.

Bukalah minda kita seluasnya...bukankah kita di tuntut untuk terus mencari ilmu hingga ke liang lahad? justeru itu carilah ilmu itu..tuntutlh dan amalkan dengan jujur dan ikhlas...

7 comments:

Zilla on March 12, 2009 at 11:24 AM said...

yup bel...agreed with u...

mslhnya skrg 'org' itu tk nampak benda2 ne semua bel...

bhulat on March 12, 2009 at 2:01 PM said...

AKU SOKONG!!!!!


dan aku masih ingat...

Unknown on March 12, 2009 at 2:04 PM said...

zila, inilah masalahnya bila SEMUA benda di politikkan...

dan paling sedih bila rakyat mudah melatah...

bhulat on March 13, 2009 at 5:24 PM said...

wei...aku sokong apa yang ko cakap kan tau bukannya sokong kekecohan ni... jgn salah anggap pulaks!!!

beldandy on March 14, 2009 at 9:54 AM said...

ye la..aku paham betty...wakakak

bacteria on March 17, 2009 at 8:47 PM said...

sy x suke politik.. cume tepuk tangan ajer..

Unknown on March 18, 2009 at 3:45 PM said...

Bel pun sama...
meh kita tepuk tangan sama-sama!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template