Wednesday, February 11, 2009

Cinta palsa..siapa yang bodoh?

Note : aku memerlukan pendapat kamu semua...sila beri pendapat.

Sepanjang perjalanan aku ke office pagi ni aku leka mendengar celoteh Fara dan Faizal tentang cinta palsu. Surprisingly, terlalu sedikit lelaki membuat panggilan atau menghantar sms menceritakan tentang cinta palsu yang mereka temui. Sebaliknya ramai wanita yang menghubungi mereka. yeah...kisah-kisah mereka itu membuat aku berfikir panjang...sangat panjang dan membuat aku tak senang duduk selagi aku tak mengupas tentang isu ini di sini.

Wanita dengan cinta palsunya.
Selalunya mereka ini memandang material. Itu yang UTAMA.
No money no talk..atau lebih mudah, korang dengar aje lagu KRU; GERENTI BERES.
Aku hairan..tak rasa malu ke terima duit or barang dari lelaki yang bukan ada kait mengait dengan kita? tak rasa serba salah or tak rasa macam perempuan simpanan ke? or at least tak rasa terhutang budi ke?
Aku sangat tak reti buat macam tu. I am very proud of myself...and my own money. Aku takkan buka mulut minta duit dari mana-mana lelaki (yes termasuk suami aku) untuk beli barang peribadi...there's no way I'm going to do that. Malu siuutttt! memang malu. Masa bercinta pun aku sangat kisah kalau dia bayarkan makanan yang kami makan. So apa yang aku buat ialah gilir-gilir bayar. Well, wanita yang material nowadays selalunya suka pada suami orang. Sebab dah stabil, pandai membaca keinginan wanita dan caring (kononnya la). Lelaki bujang juga masih termasuk dalam list dgn syarat mereka berharta..ok aku ulang berharta! Mereka rasa bijak sebab dapat tackle lelaki macam ni...senang di perbodohkan dan hasilnya mereka dapat segala apa yang mereka inginkan.

Lelaki dengan cinta palsunya.
Aku rasa sejak dulu ramai lelaki yang memancing menggunakan material. Lantas hasilnya adalah cinta palsu.
Sepatutnya mereka (yang ada lebih dari 1 akal) bijak untuk tahu bahawa umpan wang pasti dapat cinta palsu...again, no money no talk bro! so tak malu pulak korang marah bila kena tipu, sedangkan korang yang buka ruang seluas neraka dunia untuk di tipu. Smart heh? ye la tu...then again, lelaki-lelaki ni kata mereka tabur duit sebab sayang...WTH? korang ingat hanya dengan duit korang boleh beli cinta? untuk sementara waktu yes..but untuk selamanya? cinta bakal pudar bila duit takde bang...itulah hasilnya. Ok lagi satu, ramai suami-suami orang yang dengan senang hati melayan kekasih-kekasih gelap mereka. Konon tak bahagia dgn isteri, bla bla bla...tak pernah agaknya tanya dgn isteri tu bahagiakah mereka dgn korang? selfish huh? dan kata lelaki2 ini terhadap perempuan yang mudah di beli dengan wang; perempuan murah! bagi duit je sanggup mengangkang. (tak sampai hati aku nak type tapi harus di tulis di sini!) lelaki tu la sedap! huh...itu kata-kata seorang suami orang bila di tanya pasal siapa bodoh dalam cinta palsu ni. so sekarang siapa yang bodoh sebenarnya?

kesimpulan yang dapat aku buat ; dua-dua bodoh.
Ya allah, jauhkanlah keturunan aku dari jenis2 mereka di atas...nauzubillah..

9 comments:

Kenshin on February 11, 2009 at 4:15 PM said...

Kuasa duit ni kuat sangat...bukan cinta atau manusia saja yg boleh dibeli...negeri dan harga diri pun turut di jual beli..tak caya teropong kat Perak sana nun...

Unknown on February 11, 2009 at 4:42 PM said...

hehehhe...money power eh?

TashadeNatasha on February 11, 2009 at 10:31 PM said...

dahsyat zaman skrg ni.
2 3 ari lepas bru terdgr cerita seorang lelaki yg sggup jd gay utk mat salleh mana ntah just only for money!

Unknown on February 12, 2009 at 8:40 AM said...

gulp!
sanggup jadi anak ikan...

Zilla on February 12, 2009 at 11:04 AM said...

Zaman skrgkan bel, cinta dah tak membawa apa2 makna…

Cth terbaik yg kita blh lihat adalah senario utk mencari jodoh pada masa kini. Rata2 mencari pasangan yang berduit. Pepatah moden yg direka ”ada duit adik sayang, takde duit abang melayang” menampakan sgt2, kebendaan berada di tempt teratas berbanding ketulusan dan kesucian cinta itu sendiri. That’s why, kadar perceraian pada masa kini amat2lah tinggi kadarnya bel...

Sekadar perbandingan, zaman mak ayah kita, pegangan agama, keturunan antara syarat utama yg dilihat dlm mencari cinta dan membina keluarga. Itu sebab mereka mampu bertahan lama. Zaman la ne, emm berapa kerat yang memandang ciri2 ini bel?

**sekadar pandangan ikhlas dari saya...

Unknown on February 12, 2009 at 12:01 PM said...

bel agree dgn zila..
entah mengapa peredaran zaman turut merubah asas cinta...
kiranya Bel benar sbb percaya cinta tak wujud..err ye ke?

Zilla on February 13, 2009 at 9:40 AM said...

benarlah kot bel..hehehe (kataku memandai2.)

TashadeNatasha on February 13, 2009 at 8:21 PM said...

tasha terkejut gila dgr cite tu.
sampai tkot nak tido mlm.
over kan!heheh

Unknown on February 14, 2009 at 9:32 AM said...

apasal takut nak tido pulak tasha?

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template