Friday, December 26, 2008

TEMOSA bukan SAMOSA

Sejak aku keluar dari Kuantan, jarang sekali aku dapat menikmati kuih ni. Bila aku sebut ramai yang keliru dengan SAMOSA. Kata mereka samalah. Tapi kenyataannya ia tidak sama langsung. TEMOSA ni sama macam karipap tapi intinya isi ikan yang di masak dengan santan. Ada yang letak sekali kepingan telur rebus (macam karipap raja). rasanya wahhhh! sangat sedap. Di sebabkan teringin sangat nak makan dan kerana aku yakin Sayang belum pernah rasa, aku nekad buat semalam. Sambil tu aku sempat buat apam ice cream soda untuk Ammar.

TEMOSA tu senang je. Rebus ikan kembung dan ambil isinya saja. Part ni yang paling aku malas. Seriously no short cut to it! huh! Then blend isi ikan tu dengan santan; kalau nak lemak santan kena lebih la. Semalam aku guna 4 ekor ikan kembung sedang dan setengah kotak santan KARA + air. Masak dalam kuali. Sementara tu tumbuk or chop bawang merah, halia dan halba; masukkan ke dalam isi ikan bila dah agak kering sikit,. Jangan lupa garam dan kalau suka masukkan lada sulah or cili kalau nak rasa agak pedas. (pedas sgt tak sedap). Masak sampai kering. Then gaul tepung dengan butter smp jadi macam bread crumb. Masukkan air sejuk dan uli sampai jadi doh. Siap aje dah boleh buat buat karipap TEMOSA ni. Senang kan? Resepi ni aku ambil dari CARI.

Apam Ice Cream Soda plak, ni resepinya (resepi dari Amnet)
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir - Boleh kurangkan kalau tak suka manis. Aku guna 1 1/3 je.
3/4 cawan ice-cream soda
1 sudu essence rose -kdg buh perisa strawberry
Pewarna-
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh Ovalette

1. Pukul telur + gula hingga kembang
2. Masuk tepung, baking powder, ovalette dan kacau sebati
3. Masuk ice cream soda + essence rose. Kacau sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 warna.
5. Bubuh adunan selang-seli.
6. Kukus 15-20 min.

Selamat mencuba!

4 comments:

Zilla on December 26, 2008 at 2:03 PM said...

bel, kiternye temosa tak guna santan pung..tapi isi ikan tu dimasak ngan bawang dan kelapa parut sampai kelapa tu kering....sedapkan? kiter laghi suka temosa kalo nak dibandingkan ngan karipap

Unknown on December 29, 2008 at 6:10 PM said...

patutla ada jumpa resepi masak dgn kelapa. nnt bel try lagikla..mkn pun macam tak puas je ni. temosa mmg lagi sedap dari karipap.

TashadeNatasha on December 30, 2008 at 12:28 PM said...

apam tu turqoise lah kak.
heheh

Unknown on January 2, 2009 at 8:44 AM said...

patut kaler biru tasha, tapi sbb adunan asal ada yellowish skit so jadik la turqoise..huhuhu

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template