Monday, December 22, 2008

Peanut Butter Cupcakes

Last Saturday I was working half day. So I felt a bit tired to do some baking.
Aku cuma buat kuih keria LAGI, sebab di request oleh Sayang. Then aku kemaskan cili dan bawang untuk di masak dan simpan. Untuk 500g cili kering, 500g bawang merah, 3 labu bawang putih dan seketul besar halia, aku dapat 2 balang cili boh yang siap di keringkan. 4 jam aku masak nak kasi cili tu kering! fuhh! Jadi bila mana aku nak masak senang je, ceduk cili dan ianya akan cepat garing sbb dah masak dulu. Kali ni aku buat sedikit ekperimen. Aku campurkan dengan dua peket kecil cili boh kedai (yg ada pengawet) aku nak tgk ada tak naik kulat2 kat kepala cili tu nanti. Ini aku adaptasikan dari petua jem tahan lama jem nenas. Harapnya menjadi.Hari ahad baru aku jalankan kerja-kerja membakar aku.
Kali ni aku pilih resepi Peanut Butter Cupcakes. Resepinya ringkas dan mudah...juga agak murah. Sebelum letak gambar, aku letak resepi dulu :

PEANUT BUTTER CUPCAKES
225g butter, di lembutkan
225g caster sugar
225 tepung naik sendiri
4 biji telur
115g crunchy peanut butter

Panaskan oven pada suhu 175C.
Campurkan semua butter, gula, telur dan tepung; dan pukul hingga berkrim. Masukkan peanut butter dan gaul hingga sebati. Sudukan dalam acuan dan bakar selama 20 minit.
Boleh dapat dalam 5 dozen cupcakes kecil. Untuk Icing pula cuma gaul peanut butter dan jem starwberry; kemudian sapukan paipkan ke atas cupcakes. Inilah hasilnya, tada!!!!

Ni yang togel...
Ni plak yang dah letak frosting...
Amacam? Selamat mencuba geng! Rasanya memang sedap. ada texture dan fluffy gitu.

2 comments:

Khairul Antasha on December 24, 2008 at 2:35 PM said...

leh tak link blog akak?sk info dlm blog ni..sbb byk resipi..hehhehe

Seriaira on December 26, 2008 at 2:04 AM said...

boleh aje...

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template