Tuesday, December 30, 2008

It's coming to the end...

Lagi dua hari 2008 akan meninggalkan kita.
Apa perasaan aku? entah...macam-macam rasa ada.
Agak sayu mungkin. Atau juga berdebar menanti ketibaan 2009; sama macam aku berdebar tunggu ketibaan 2008 (Riana nak keluar).

2008 bermula dengan sangat cemerlang. Aku berjaya melahirkan anak kedua, perempuan secara normal. Anak pertama aku ceaser. Alhamdulilah, aku merasa juga bersalin normal. Memang hanya Allah yang tahu, betapa aku berjuang. Di ketika itu, barulah aku sedar betapa susahnya mama masa nak lahirkan aku. Insaf di buatnya sbb aku kini berada di tempatnya. Lepas tu aku amat struggle dengan kehidupan seharian. Aku masih tercari-cari rentak dalam mengharungi setiap detik bersama suami dan anak-anak tersayang. Ketika itu aku agak stress tapi aku masih mampu menangani stress dengan baik. Maybe dengan adanya Sayang, aku rasa ok sikit.

Allah S.W.T berikan kami rezeki lebih bila kami akhirnya berjaya membesarkan dapur dan panjangkan car porch kami. Malah aku dapat oven yang aku idamkan. So aku tak perlu bakar biskut dengan microwave lagi. Dan Sayang seronok sebab kereta kesayangan dia tak kena sedikit pun cahaya matahari lagi ( ni kes sayang cat kete la ni). Dapur kami tu sangat selesa sebab luas. Jadi aku kembali memasak; anak2 boleh main dan tengok tv kat dapur sambil tu. Yelah, aku tak boleh hilang dari mata mereka. Wajib bagi mereka untuk memastikan aku sentiasa ada dekat dgn mereka. my babies!

Pintu hati aku juga di bukakan untuk jauh cinta dengan dapur. Aku jadi sukaaaa untuk memasak. Macam-macam aku nak cuba, cuma masa yang membatasinya. Setakat ni bolehla...tapi aku masih di peringkat belajar. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Paling aku suka bila Ammar dan Riana beria-ia makan makanan yang aku sediakan. Hilang segala penat lelah.

Tambah seronok bila mama dah confirm bersara. It means balik PD for good. Mama dapat augerah khidmat cemerlang dan juga di anugerahkan pingat PPN dari Agong last few months. Murah rezeki mama. She is now in PD...tgh berkecah rumah sbb baru pindah. Aku seronok sebab dah dekat. Anytime rasa nak mandi laut boleh balik sana. Tapi kesian pulak kat Cha Cha, adik aku tu. Tinggallah dia sorang kat Gurun tu. Bulan 3 ni suaminya nak bertugas di Al-Jubl, saudi arabia. Kesian lak dia tinggal dengan anak2 je. takpelah mungkin kejap je sementara dia nak dapat tukar Seremban.

But then again sedih juga sebab my FIL makin tak sihat. Sebulan lepas raya dia kena heart attack; warded 3 hari. Katanya ada blood clot dalam pembuluh darahnya. Nak buat bypass, umur dia dah tak mengizinkan. So dia kena makan ubat dan kawal pemakanan. Masalahnya MIL aku plak memang payah nak pantang2 ni. Dia makan je ikut sedap, jadi payahla nak pantangkan FIL aku ni. Hmmm...apapun aku dah ingatkan. Terpulangla kan...Aku masih ingat, abah nak sangat pergi langkawi. Berkali-kali dia cakap dengan Sayang. Kitorang cuma bgtau tgh kumpul duit. Tapi abah nak juga pergi, dia taja kitorang pergi sana. Sayang cuma keluarkan duit makan je. Aku pulak tuk barang2 shopping. apapun thanks abah! anak2 aku sangat enjoy waktu tu! in facts, Ammar sampai sekarang masih ingat trip ke langkawi tu...asyik tgk cd yg Sayang burn.

Ketika ini hatiku mula terasa sayu nak tinggalkan 2008. Banyak kenangan pahit manis yang mematangkan aku sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan anak. Aku tak pasti bagaimana 2009 akan menyambutku, tapi aku harap it will getting better than today. Aku juga berharap setiap pekara yang ingin aku lakukan 2009 nanti akan di rahmati Allah S.W.T. Tahun depan saja aku tulis harapan dan impian aku secara detail. Akhir kata, aku mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang 2008 kita bertemu di ruang maya ni. Semoga kita dapat bertemu kembali tahun depan... salam sayang buat semua!

4 comments:

TashadeNatasha on December 30, 2008 at 12:41 PM said...

slmt menyambut awal muharam dan tahun baru.

Zilla on December 30, 2008 at 1:27 PM said...

selamat tahun baru bel...

semalam adalah sejarah. sejarah yang perlu kita kenang2kan untuk dijadikan panduan untuk kita terus melangkah ke hari esok...

*kiter rasa tringin sgt2 nak jumpa bel...bilelah gamaknya time itu akan tiba ye?

Taichee~@! on December 30, 2008 at 10:50 PM said...

Selamat Menyambut Tahun baru Hijriah!
Semoga kita semua dpt menjadi muslim yg lebih baik dari tahun lepas.

Yak yak yeh

Unknown on December 31, 2008 at 12:05 AM said...

Selamat tahun baru tasha!

HB, insyaallah nanti kita akan ketemu jugak. Bila nak buat gath kasi tau bel ya!

Chee, bel doakan yang terbaik untuk chee bg 2009 nanti. i know you are now sad..but believe me, Allah knows before hand. Insyaallah.

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template