Friday, October 17, 2008

I need a break!

Dalam beberapa hari ni aku asyik memeikirkan tentang bagaimana mungkin aku dapatkan income dari rumah. Aku tak perlukan banyak, cukup dengan 3K sebulan. Aku ingin sekali beroperasi dari rumah, di mana aku bebas tentukan ruang lingkup ku, aku bebas tentukan masa ku dan pastinya aku bebas melayan Ammar dan Riana. Sayang pastinya suka jika aku sentiasa ada di rumah tapi dia juga faham betapa perlunya aku generate income. Kalau pun bukan kerana membantu dia, ia lebih kepada keinginan untuk pegang duit sendiri. Sayang kata dalam 2-3 tahun mungkin aku boleh fikir kembali untuk resign but he did warned me...kita kena back to basic. Ya! itu yang aku rasa tak mampu hadapi.

Entah kenapa ringan pula mulut aku berita pada teman lama. Nasihatnya cuma satu, jangan berhenti kecuali sudah ada simpanan tetap. Katanya dia sudah merasa hidup tanpa duit sendiri dan ketika itu keadaan mula berubah. segalanya berubah termasuk suaminya. Ceritanya sudah cukup membuatkan aku takut dan akhirnya aku mengambil keputusan. Aku akan terus berkerja selagi aku mampu. Aku takkan fikir lagi untuk berhenti. Aku juga akhir sedar bahawa kerjaya dan pendapatanku merupakan satu-satunya lambang martabat dan maruah di masa kini. Jadi aku takkan berhenti...takkan berhenti...full stop!

Cuma ketika ini aku cukup bosan...aku cukup penat...dan aku cukup letih...

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template