Tuesday, September 16, 2008

Rindu-Rinduan...Finally

Ku kutip rindu yang gugur Ku kutip rindu yang gugur

Tuuuuuuuuuuuuuttttttttt…………….

Mesin penyambung hayat kini sudah berbunyi mendatar menandakan perginya seorang hamba allah dari muka bumi ini. Serentak itu, suasana di bilik itu menjadi pudar dan sunyi. Yang tinggal cuma bunyi mesin-mesin yang sudah tiada maknanya lagi. Doktor Izmin dan doktor Valya berpandangan sesama sendiri. Rasa pilu membuak-buak di dada mereka. Kalau boleh, masa ingin di undur agar komplikasi itu tidak berlaku dan kalau boleh mereka tidak ingin terlibat dengan pembedahan berisiko besar seperti ini. Itulah rasa yang akan menjengah mereka setiap kali gagal menyelamatkan pesakit.

Zaqrul merasakan lututnya lembik tatkala melihat garisan lurus memanjang menghiasi skrin mesin penyambung hayat. Inikah penghabisannya? Inikah penamatnya? Inikah pengakhir hidup seorang Nur Eva? Zaqrul cuba mengumpul kembali kekuatan yang bertaburan sebentar tadi. Dia yakin, baru beberapa minit tadi, Nur Eva seakan tersenyum ke arahnya. Dia juga amat yakin ketika itu yang Nur Eva akan selamat tapi yang nyata tuhan lebih menyayanginya. Tangan Nur Eva yang terkulai layu di capai penuh hormat lalu di cium tanda kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya jauh di sudut hatinya berkata

“selamat tinggal kak eva!”

.........................................

Ku kutip rindu yang gugur

“mama pernah pesan dengan Nurin…dia kata kalau mama mati Nurin jangan menangis…mama suruh baca al-fatihah untuk mama. Lagi…mama kata, Nurin mesti jaga Narin baik-baik.”

“ya sayang…betul apa yang Nurin katakan tu. Tapi adakalanya kita menangis untuk melepaskan semua yang tersimpan di dalam hati. Lepas menangis kita mungkin akan rasa lega.” Ujar Nur Addriana cuba membuatkan Nurin faham kenapa mereka semua menangis.

“Nurin rasa memang sakit tahan menangis mak usu…sakit sampai kat sini…”

Nurin menunjukkan dadanya dengan muka yang sedikit berkerut. Dia mengembangkan tapak tangannya di dadanya seperti cuba mengurang rasa sakit itu.

it’s okay to cry sayang…kalau rasa nak menangis, Nurin boleh menangis tapi janganlah kuat-kuat ya. Kita lepas semua perasaan sedih yang terkumpul di hati kita. Kenangan dengan mama tetap di hati kita kan….nanti kita akan rasa lega dan mama pun akan rasa gembira bila kita boleh lepaskan dia pergi.”


.......................................................

Ku kutip rindu yang gugur

“selagi hal kita tak selesai Zaq takkan hantar Ria pulang.”

“Dan Zaq tak takut kalau polis datang cari kita.”

Zaqrul berlalu meninggalkan Nur addriana sendirian di ruang tamu. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Mujur ayam tak hangus, getusnya di dalam hati.

“Ria, mari kita makan. Sejak petang tadi Ria belum makan kan? Tentu lapar.”

......................................


Ku kutip rindu yang gugur

“syhhhh…syhhh…Ria..sayang…jangan menangis lagi…”

“Zaq, Ria minta maaf. Selama ini Ria salah sangka. Sia-sia enam tahun Ria lupakan cinta kita!”

Zaqrul mengeratkan lagi genggamannya di bahu Nur Addriana. Sesungguhnya cinta dan sayangnya buat Nur Addriana tidak pernah padam. Nur Addriana semakin banjir bila mengingat kembali setiap layanannya terhadap Zaqrul. Sedih hatinya bila terpaksa membuang zaqrul jauh dari hidupnya sedangkan cintanya terlalu dalam buat lelaki itu.

Dalam diam Nur Addriana mengakui pada diri sendiri bahawa dia masih cintakan Zaqrul malah cinta itu tidak pernah padam. Yang pudar cuma hari-hari yang berlalu. Sangkanya dengan menjauhkan diri dari Zaqrul, dia akan lupakan cinta itu. Sangkanya juga cintanya akan lenyap begitu sahaja di makan masa. Namun nyata dia tersilap perhitungan. Yang nyata cinta itu diam terpendam di sudut hatinya yang cukup dalam. Dan kini perasaan itu timbul kembali setelah lama bertapa di dalam gelap dan sunyi.

............................................

Ku kutip rindu yang gugur

Nur Addriana semakin terpegun melihat singgahsana mini yang di reka khas untuknya. Dengan bermotifkan taman laut, sesuai dengan tema busananya, di situlah dia akan setia menanti sang putera menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz. Setiap inci pergola itu telah di hias rapi. Rumpai laut yang membaluti tiang pergola kelihatan cukup hidup, lumut-lumut sengaja di letakkan di tepi tangga pula kelihatan seperti baru di tumbuh saja layaknya. Kulit-kulit siput yang bermacam warna dan bentuk bersinar-sinar di bias cahaya lilin bertaburan di serata lantai pergola. Pasir-pasir pantai yang memutih dan berkilau juga tidak lupa turut sama mengisi ruang di lantai pergola taman laut miliknya. Hatinya di geletek gelihati melihat beberapa ekor ketam, siput dan udang kara seakan-akan sedang merayap di setiap tiang dan kaki tangga pergola! Kreatif sungguh!

Nur Addriana membayangkan dirinya duduk berjuntai kaki di tepi tangga sambil bermain dengan rambutnya yang kini bercampur dengan helaian organza. Dari jauh kelihatan dengan segaknya berbaju melayu, bersampin dan keris tersisip rapi di pinggang sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke arahnya. Nur Addriana melambai kea rah bakal suaminya dengan penuh manja. Angin laut yang bertiup turut sama melambai-lambai kea rah tunangannya. Jari-jemarinya yang runcing menyambut huluran tangan lelaki kesayangannya lantas tunduk menyalaminya. Lelaki itu merenung wajahnya dengan penuh kasih sayang membuatkan dia terasa malu. Namun dia enggan mengalah, Nur Addriana turut sama merenung jauh ke dalam anak mata kekasihnya. Aduh! Asyiknya begini, bisik hati kecilnya.


Dengan siapakah Nur Addriana bakal berkahwin?

Nantikan kesudahannya di dalam Novel Rindu-Rinduan, terbitan CREATIVE ENTERPRISE di kedai buku berdekatan anda.


0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template