Friday, September 12, 2008

Rindu-Rinduan (Part VII)

Ringkas dan padat, langsung tiada penjelasan tentang apa yang berlaku di sana sebenarnya. Nur Addriana tidak pasti akan perasaannya di waktu itu. Kak Eva sakit? Bukankah baru minggu lepas dia berbual panjang dengan kakaknya internet? Kakaknya sedikit pun tidak bercerita tentang sakit. Tapi dia perasan kakaknya asyik mengulang-ulang yang dia rindu pada Nur Addriana. Benarkah kakaknya sakit? Nur Addriana mula tidak senang duduk, terasa bagai duduk di atas bara api yang begitu panas membara. Atau ini salah satu helah abah agar dia pulang ke Malaysia? Mungkinkah kerana terlalu rindu, abah sanggup berbohong?

Dia menggelengkan kepalanya perlahan, abah bukan seorang suka berbohong. Jika benar abah ingin dia pulang, abah tidak akan berbohong tentang kak Eva yang sakit. Tapi jika kak eva sakit, sakit apa pula? Bukankah jantungnya dulu sudah pulih? Abahnya sedikit pun tidak mahu menyatakan apa sakit kakaknya. Dia semakin resah. Bukankah kakak sudah menjalani rawatan beberapa tahun dulu? Mungkinkah sakitnya kembali meyerang. Tanpa berfikir lagi dia mencapai gagang telefon lalu mendail rumah kakaknya di malaysia.

“hello…siapa tu?”
Satu suara comel menyerbu ke pendengarannya. Ah! Nurin! Nur Addriana tersenyum seketika.

“Nurin, mama ada tak? Auntie nak cakap dengan mama…” ada sedikit getar di hujung suaranya.

“oooo auntie Ria….mama ada dalam bilik, tunggu ye Nurin bawa telefon pada mama.”
Riuh mulut si kecil bercerita dengannya malangnya si kecil itu tidak tahu apa hubungan mereka selama ini. Nurin hanya mengenalinya sebagai auntie.

“auntie nak tanya sikit la nurin, mama nurin sakit ke?” Nur Addriana cuba mengorek cerita dari anak buah kesayangannya.

“aaaa…aaaaaa….tak adalah mama baring aje. Ok dah sampai kat mama auntie, nanti kita cakap lagi ya!”
Suara Nurin yang teragak-agak itu membuatkan Nur Addriana sedikit sangsi. Namun dia cuaba memujuk hatinya yang semakin berdebar.

“hello ria…how are you?” Satu suara yang agak lemah menyapanya di hujung talian.

“kak Eva? You sound like a sick person. Are you ok kak?”
“i’m ok Ria, baru bangun tidur memanglah suara macam orang sakit.”

Nur Addriana tahu kakaknya cuba bersuara dengan penuh tenaga. Dia terasa ingin menangis, tiba-tiba rasa rindu pada kakaknya membaluti seluruh tubuhnya. Dia mendekatkan gagang telefon rapat ke telinganya seolah-olah cuba masuk melalui lubang-lubang halus di situ.

“kak Eva…i miss you…maaf Ria mengganggu….”
“it’s ok sayang….i miss you too…if you don’t mind, can we talk some other time? Kakak rasa mengantuk sangat ni…”
Talian itu mati tanpa sempat dia mengucapkan bye kepada kakaknya. Dia yakin kini ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan kakaknya.

----------------

Lima minit kemudian dia kembali membuka matanya lalu mencapai mug berisi minumannya. Dia menghirup sedikit sambil menghela nafas panjang. Fikirannya kini jauh menerawang ke tanah tumpah darahnya. Nur Addriana mula ingat kembali isi kandungan e-mail yang di hantar abah. Nur Addriana kembali mengingati setiap butir percakapan kakaknya sebelum talian di matikan begitu sahaja, dia ingat semuanya! Terbayang-bayang di matanya ayat-ayat abah, kak Eva sedang sakit! Kak Eva sedang sakit! Kak Eva sedang sakit! Ayat itu terus menari-nari di mindanya.

Perlukah dia pulang? Pulang ke Malaysia? Nak cari penyakit? Kau nak terserempak dengan dia? Kau nak gali semula kubur yang kau timbus dulu? Satu persatu pertanyaan mengasak mindanya. Mungkin kak Eva sekadar demam biasa, nanti pulihlah. Mungkin abah sudah terlalu rindu padanya hinggakan sanggup berpakat dengan kak Eva. Atau mungkin juga mereka semua berpakat dengan dia? Soalan-soalan itu semakin menghantui dirinya. Tidak! Buat apa aku sengaja nak menyiram cuka pada luka di dada? Mengapa aku perlu membongkar semula segala kenangan yang menyakitkan hati itu? Kenapa nak menyakitkan hati sendiri?

Jangan terlalu yakin Ria! Satu suara menjerit dari dalam dirinya. Bagaimana kalau kakak kau benar-benar sakit? Bagaimana jika kau tidak sempat bertemunya nanti? Jika tidak pun, tidakkah kau rindu pada abah? Tidakkah kau ingin bertemu nurin, buah hati pujaan kau siang dan malam itu? Tidakkah kau berasa sedikit pun rindu terhadap Malaysia, tanah tumpah darah mu? Sampai ke mana ego yang kau bawa Ria? Bukankah ego hanya akan menyakiti hatimu kelak?

Nur Addriana berkerut mengenangkan semua ini? Terlintas di fikirannya tentang ego yang mungkin telah bercambah di dalam dirinya. Egokah aku hanya kerana tak ingin pulang ke malaysia? Egokah aku kalau hanya itu yang mampu membuat hatiku tenang? Air matanya mengalir lagi. Sememangnya dia tidak sanggup pulang ke Kuala Lumpur. Melihat KLIA sahaja bakal mengingatkannya kembali kepada kenangan yang selama ini cuba di padamnya. Melihat setiap jalan dan bangunan di ibukota itu juga bakal mengembalikan ingatannya terhadap kenangan itu. Dia pasti dia tidak mampu berhadapan dengan semua itu. Paling menakutkan ialah, Zaqrul datang mencarinya di rumah. Dia tak ingin bertemu dengan lelaki itu lagi. Bukan kerana benci tapi kerana baginya semua itu tidak perlu di bangkitkan kembali. Biarkan ia terus berlalu, dia tak mahu hatinya terus di ganggu.

Walaubagaimanapun dia tidak juga mampu membiarkan kakaknya terlantar sakit tanpa kunjungan darinya. Dia juga tak mahu menanggung rasa bersalah seumur hidup, seandainya benar dia tidak sempat berjumpa dengan kakaknya. Bukankah dia dan kak eva adalah satu? Bukankah kasih sayang diantara mereka melebihi segala-galanya? Tidak! Dia tak akan membiarkan kakaknya terlantar sakit tanpa kunjungan darinya meskipun kunjungan yang terakhir. Cuma dia hairan mengapa kakaknya merahsiakan semua itu dari pengetahuannya. Nur Addriana mengeluh perlahan.

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template