Thursday, September 11, 2008

RINDU - RINDUAN...

Insyaallah..Novel kedua : RINDU-RINDUAN bakal keluar di pasaran 15 September 2008 ni. Aku masih dengan penerbit kesukaan aku, Creative Enterprise. Novel ni merupakan sequel dari yang pertama. So my next entry will be a few promo for my new book.

"Takbir raya yang berkumandang dari pemain cakera padatnya tidak pernah gagal untuk membuatkan air matanya berlinang membasahi pipi। Rasa sayu dan syahdu mula mengigit-gigit tangkai hatinya yang berkeseorangan menyambut setiap lebaran yang tiba. Apa agaknya hidangan di rumah abah? Bagaimana pula sambutannya di rumah kak Eva? Agaknya berbaju kurungkah si kecil molek Nurin Misya? Dan masihkah dia di rindui di hari-hari istimewa begini? Masihkah dia di ingati di sanubari mereka semua? Dengan perlahan Nur Addriana mengesat air matanya.

Tahun ini genap lima kali dia menyambut Aidilfitri di perantauan tanpa seorang pun ahli keluarganya। Bukan kerana dia derhaka enggan pulang beraya bersama abah dan kak Eva sekeluarga, malah kepulangannya amat di nanti-nantikan. Bukan juga kerana keluarganya tidak mampu untuk terbang mendapatkan dirinya, malahan kalau boleh mereka ingin sekali datang melawatnya di sini. Namun baginya pulang ke Malaysia sama seperti menghiris setiap urat yang menjana tubuhnya, tambahan pula keluarganya tidak tahu secara tepat di mana dia berada. Yang tahu cuma uncle Doug, itu pun dia sudah memaksa lelaki budiman itu untuk berjanji di atas nama ibunya agar tidak membocorkan rahsia itu. Dia tidak mahu ada yang datang mencarinya di sini. Biarlah dia mencari damai di hatinya."



“i don’t know why you are crying my dear…but crying all the time is not good for you.” Anna bersuara sebaik sahaja pembantu rumahnya selesai menghidang minuman petang. Josephine terangguk-angguk mendengar nasihat Anna.

“don’t ever spoiled your beautiful face with tears. Keep it for mourn my dear…”

Aku memang sedang berkabung…berkabung di atas satu kematian…kematian cintaku! Getus hatinya geram. Siapa Anna nak masuk campur dalam hal peribadi aku? Nur Addriana berasa sedikit marah dengan Josephine yang pandai-pandai membawanya ke sini.

“you don’t have to tell me your problem if you don’t wish to, but i just want you to know that we care for you. We know that you’ve been crying all day long since you came here. We understand that you are a thousand miles away from your family…”

“so we are you family right now nur addriana…we care for you my dear…all of us do!”

Josephine memeluk Nur Addriana sambil mengangguk perlahan. Anna mengusap rambutnya yang panjang dengan lembut. Tiba-tiba Nur Addriana merasakan yang dia memperolehi sedikit kekuatan dari mereka semua. Dia dapat merasakan keikhlasan yang lahir dari setiap kata-kata Anna. Dia malu. Malu kerana sering buat endah tak endah terhadap mereka selama ini. Dia malu mengenangkan yang dia pernah menyuruh Mrs. Jones pulang saja ke rumah bila wanita tua itu susah payah datang membawakan pie apel untuknya. Merah padam wajah wanita tua itu bila di tolak mentah-mentah begitu. Alangkah malunya dia!

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template