Wednesday, August 27, 2008

Mission completed!

Hujung minggu baru ni aku terasa cukup puas hati! Sepanjang minggu aku dah plan agenda aku di dapur dan aku berjaya mencapai target! Hari Jumaat tu aku dah siap beli barang2 untuk memulakan misi menyibukkan diri di kitchen aku tu. Balik je rumah, lepas selesaikan kewajipan aku pun terus sinsing lengan membuat playdoh tuk Ammar. At first aku memang tak pasti betul ke akan jadi resepi playdoh tu (thanks to IVY for inspiring me)tapi aku cekalkan hati supaya teruskan projek aku tu. Rupanya memang betul jadik! Tak sabar tunggu sejuk, doh yang masih suam tu aku belasah uli dengan warna2 yang siap sedia. Wah la wei!!! memang syok babe.....tengoklah hasilnya...Ammar dengan setia menanti aku 'masak' playdoh dia...


Aku bahagikan kepada 4 so dapat la 4 kaler...very soft but yet tak sticky...


tgk tu...syok betul dia main. Aku belum sempat belikan acuan lain so aku bantai kasi dia acuan kuih yg tak guna...dia suka sebab ada star dan moon.

Dalam pada tu aku dah start buat base untuk oreo cheesecake aku. Di sebabkan aku agak sibuk, Riana dah sibuk juga tgk biskut oreo aku tu. So untuk tak buat dia nangis, aku telah merasuah adik dgn beberapa keping oreo...tgk tu, sampai bermisai makan!

adik yang happy makan biskut oreo!

Esok paginya aku bangun awal tuk buat tart nenas, ada budak opis nak 50 biji so buatla. Lepas bakar tart aku sambung buat cheesecake aku. Sambil tu masak kari ayam and prepare tuk buat roti jala. Adik dah bangun awal di ikuti Ammar. Sayang macam biasa la kena jaga anak2 sementara aku siapkan misi menyusahkan diri sendiri tu...


Hasil selepas 3 jam duk dlm fridge. Aku bantai tabur milo kat atas tu...saja gatai...so wajahnya tak cantikla..nyesal aku!


Ammar jadi org pertama rasa cheesecake aku...huhuhu...silapla...base nipis sangat! ni kerja adik n ammar la semalam makan biskut mommy!



roti jalan dan kari ayam favourite Sayang...tapi kari kena komplen sbb takde tulang..rasa tak mengigit kata sayang. takpela nnt mommy kutip tulang2 ayam buat kari...

Lepas makan2 semua aku baru duk berehat. puas rasa hati sebab dah complete buat keje..siap bersihkan hob dan table top, mop lantai dapur dan basuh pinggan. Aku pun lepak dengan anak2 kat depan tv. Then Sayang plak ajak gi jalan2...aku angguk je. Tapi kitorang keluar pun dah agak lewat sbb keletihan. Sayang kata nak try guna jalan belakang pergi Puncak Alam, Klang...saja nak survey jalan. Wah memang very near rupanya! we ended up window shopping kat Jusco Bukit Raja Klang...sungguh tak di sangka..even sesat beberapa kali but we manage to find the same route to go home.Even letih aku amat enjoy!

3 comments:

Lynn on August 29, 2008 at 11:45 PM said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on September 2, 2008 at 5:28 AM said...

baby riana is sooooooooooooo clingy right now lynnn!

Lynn on September 4, 2008 at 11:32 PM said...
This comment has been removed by the author.
 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template