Tuesday, July 1, 2008

Doctor Fish

Sebelum bersalin aritu aku sibuk betul nak try fish treatment. Ni semua gara-gara tengok Ugly Betty lah ni! Kebetulan aku dapat tau kat Pavillion ada Fish Spa. Tapi memandangkan aku memang confirm sukar nak ke sana mengheret anak2 aku tu so aku terpaksa pendamkan je impian tu...

Until last week aku terjumpa satu mini Fish Spa kat satu shopping Mall. Ala dia buat small time je...macam pameran bergerak gitu. Takat buka pumped pool dan susun stool around the pool. The fee very cheap indeed, RM10 for 20 minutes! wah lah wei!!! aku pun dah macam tak sabar lagi nak celup kaki aku dalam pool tu. Bertemankan kak Smile aku pun apa lagi celup kaki sambil borak2 laaa....at first aku asyik nak ketawa je! bukan pasal apa...geliiiiii...rasa macam kene geletek tapi aku keraskan hati aku...makin lama makin syok plak rasanya...wahai doctor fish...makanlah kulit-kulit mati di kaki ku itu...

Sekejap je rasanya 20 minit berlalu. Aku pun angkat kaki dan blah dari situ. Sampai je office aku terus sapu lotion. Before that aku memang perasan perubahan kulit kaki aku...very bersih dan rasa smooth. dan ia membuatkan aku decide nak gi buat treatment ni sebulan sekali. Tapi aku membayangkan, alangkah bagusnya kalau aku dapat berendam the whole body! surely kulit halus mulus sehhhh....

Anyway ni aku kasi skit penerangan tentang ikan tu since oren berkenan nak letak ikan tu kat pool depan umah dia. Wah la oren! senang la nak buat treatment gini! Ikan tu namanya Garra rufas...kebanyakkannya dari Iran. dia hanya makan kulit mati sahaja dan akan tinggalkan sel kulit yang sihat. Normally rawatan ni di berikan untuk pesakit psoriasis...gitulah rasanya ejaannya.


Haaa...macam ni lah rupa ikan tu...tapi tu bukan tangan aku ek! aku celup kaki je...

2 comments:

Nursuzry on July 16, 2008 at 10:30 AM said...

masa rendam kaki tu geli x bila kena gigit2 sayang ngan ikan kecik ni...

MeduSSa on July 21, 2008 at 11:56 AM said...

kak med dah try dah. kat area ulu yam byk tul ikan ni. kadang2 aku dgn habi pegi just utk buat benda nie..ada satu lubuk tu mmg byk ikan nie..pantang letak kaki macam pirana dtg serbu..hehe

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template