Friday, June 27, 2008

Sweet Extended Langkawi

Hari yang di nantikan tiba jua...
14 Jun 2008 kitorang berangkut ke LCCT nak ke Langkawi. A longggggg awaited holiday!
Ammar punyalah tak sabar nak naik aeroplane...sibuk suruh Daddy buka pintu boarding hall tu. Nasib flight tak delay.

Sesampainya kitorang kat Langkawi, Sayang terus pegi carik kete sewa. Dapat juga dia merasa bawa Nissan Grand Livina (sebelum ni dia ada gak pujuk aku beli kete ni). RM250 tuk 3 hari...kira memang murah sangat lah! Then kitorang lunch kat Kenny Rogers... burppp! kenyang. Kami pun memulakan journey kitorang kat Langkawi.


Ammar punya lah seronok asik jerit je dlm restoren!

Sampai chalet (aku duk kat Berjaya SPA Langkawi), aku terus terlentang atas katil dengan Riana... penat sehhh...dah la pagi tadi aku bangun pukul 5! ni rasa nak tido sangat. Dahla air cond, kipas power! duk lak dalam utan...bunyi2 unggas damai je...tilam lak empuk! Yang Sayang lak dah lepak kat atas day bed! Ammar pun sama join aku golek2 atas katil king tu! Mak n abah pun lepak kat bilik derang. Petang tu kitorang jalan2 ala kadar je la...ingat kan nak ajak mak n abah makan ikan bakar tapi derang plak nak tapau sate makan kat bilik...ikut je la...


tgk tu Sayang lepak dgn adik kat day bed yg dia suka sangat tu! siap plan nak buat kat umah lak!

esoknya, we had a wonderfull breakfast. Aku ni punyala sedap melantak sampai rasa tanak bangun! dia punya omelette sedappppppp!!! lepas makan kitorang terus pegi pantai. Ammar dah setat nak berlari bila nampak swimming pool! beria dia tarik tangan aku suruh cepat bawa dia ke swimming pool sedangkan aku masih sibuk posing! wakakkaka. Ammar bengang bila aku terus pi pantai dulu. Tapi rasa bengang tu kejap je... dia seronok terjerit-jerit bila nampak air laut berombak-ombak. Nasib baik ni private beach so aku rasa aman skit nak baring terlentang kat atas kerusi tu. Chiken pox Riana dah makin terserlah. Kesian kat dia tapi she looks very tough, as if its done nothing to her! Ammar tu tok sah cerita la...dah tenggelam keseronokkan mandi laut dgn Daddy nya! Tapi Sayang kata pantainya bahaya...very steep!


tgk tu ammar punya sedap menyelam...Riana pun nak join lah mommy!

Penat mandi laut kitorang sambung plak kat pool. Ammar memang sukala...tak sedar lengan dah hitam! Sayang boleh tertinggal sunblock kat dalam chalet? hish! Kat pool tu aku pun layan sama la...dengan Riana2 sekali aku kasi mandi. Mak n abah duk relax je tepi pool. Agak2 pukul sebelas aku ajak balik chalet sbb nanti nak jalan2 shopping lak! Ammar macam biasa akan meraung sebab tak puas mandi pool! so sampai je kat chalet dia sambung mandi dalam bath tub! lantak le ammar asalkan mommy boleh relax kejap.

Lepas zohor baru kitorang gerak pegi jalan2. ala...jalan2 shopping macam biasa. Aku borong coklat, time nak bayar tu sekali aku tgk bakul penuh dengan coklat! Rupanya ammar shopping spree!!!!nasib aku perasan...mak n abah shopping kain baju. Aku sambung misi aku mencari periuk vision dan non stick pan. Bila dah letih semua mak nak tapau food lagi...alahai...takpe lah ikut je...lagipun sampai kat langkawi ni pun abah yg sponsor! heheheh...malam tu kitorang tidur dengan pulas! penat sehhhh!

Pagi tu sekali lagi aku melaksanakan breakfast yang sempurna aku. Kalau boleh aku nak rasa semua food yg di sediakan tapi memang tak boleh...cemana aku boleh termiss bread pudding tu! uwaaaaaa......rugi tau! lepas makan kitorang balik chalet dan siap sedia nak check out. Ammar sekali lagi mandi dlm bath tub dan kali ni aku n Riana sekali joined. yelah kesian aku dengar ammar ajak aku mandi dgn dia...Lepas check out kami pegi sabung jalan2 kat langkawi. Sekali timbul idea nak naik ferry. Abah pun beria gak nak try naik ferry. so off we went to Kuala Perlis. Masa dlm perjalanan balik ke langkawi tu Mak ter slipped kat tangga and from that dia dah tak larat. sayang kata Jantung dan terpaksa kerja lebih kuat sbb terkejut. Then pusing sana, pusing sini kami pun terus pi airport. sekali aku tgk dpt sms kata flight delay ke pukul 11.45 malam! takpelah tunggu...mak dah lepak baring atas kerusi! sian mak...


ni shuttle yang ammar suka sangat naik!

bila tiba masanya kami pun dengan riang hati naik flight AK6299 (aku ingat lagi seh!) tapi bila aku dah duduk air stewardess tu boleh tanya Riana kena apa kepala dan aku dengan lurus bendul jawab chicken pox. Beberapa minit kemudian aku di beritahu bahawa Riana tak boleh naik flight sebab chiken pox! aduh!!!! dah tengah malam aku terpaksa turun sekeluarga mencari tempat bermalam! dengan mak yang dah tak larat tu! nasib ada hotel Helang (kalau tak silap la) kat sebelah airport tu. Bebudak air asia tu punylah baik hati tolong hantar beg2 yang berlambak tu dgn mak n abah ke hotel. aduiii dah la penat...lapar pulak!

Esok pagi2 aku dah dalam cab menuju ke jetty untuk ke kuala perlis. sampai kat sana aku ambil bas ke KL...seharian masa aku habis di dalam bas dengan Riana...cukup meletihkan...

Tapi kenangan menginap di Berjaya Spa memang tak dapat aku lupakan. Service yang di berikan memang tip top! Kalau sesiapa bertanya tentu aku rekemen ke situ...


chalet kami yang best! I'll be coming next ya!

5 comments:

Anonymous said...

This is a nice blog. I like it!

Anonymous said...

What a great moment of reading blogs.

TashadeNatasha on June 29, 2008 at 2:33 PM said...

Wow! Great holiday

Nonchalantly anxious on July 5, 2008 at 4:18 AM said...

Hehehhehe seronoknya family holiday! Bel, apa nama penuh Ammar?

Unknown on July 7, 2008 at 9:12 PM said...

sesekali pi holiday mmg syok la jem!

full name dia is ammar razien...

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template