Tuesday, March 11, 2008

Toyota Rush Vs Perodua Kancil

Perodua kancil
Toyota Rush

Semalam kami singgah ke showroom Toyota dan tiba-tiba hati terpaut melihat SUV Rush yang baru launch bulan lepas. Makin jatuh hati bila lihat CC nya 1.5 dengan harga tak sampai 100K. Nak beli Murano tu memang jauh panggang dari api la..so rasa berkenan sangat kat RUSH ni...Sayang pun sampai kata boleh lupakan Caldina or Grand Livina yang dia suka tu...

Kami berbincang-bincang bagaimana nak dapatkan Rush tu...disebabkan kereta kitorang dah ada dua, jadi kena korbankan salah satu. Yang pastinya Satria takkan jual...jadi yang tinggal cuma kancil aku tu...Kiranya kami terus berfikir untuk menjual kancil supaya Rush boleh jadi milik kami.

Then lepas lunch aku buat satu keputusan. Aku takkan jual kancil. Aku juga katakan supaya tutup segala perbincangan untuk beli kereta baru...hhehehe....Memanglah bulan sembilan ni habis bayar kete, so aku nak kitorang rasa bernafas selama yang boleh. at least boleh bawa anak-anak pergi holiday...dan Sayang pun setuju dengan keputusan aku. Sampai saja di rumah aku terus mencampakkan brochure Rush ke dalam stor...end of story.

Kepada Kancilku, aku sayang padamu!!!!

2 comments:

Manjlara on March 13, 2008 at 8:32 PM said...

Dah selamat melahirkan rupanya :D alhamdulillah! tahniah to Ria & hubby, dah dapat sepasang.

Kenapa ya? kalau dalam pantang fikiran kita selalu runsing. Kdg2 benda kecil2 pun kita boleh fikir serius sangat kan? Itu pun pernah terjadi kat kite dulu. Sampaikan rasa macam nak berhenti keje je.

Anyway, tahniah jugak untuk keputusan 'tidak membuat hutang baru' tu :) huii...bukan senang nak buat keputusan camtu hehehe!

seriaira on March 14, 2008 at 8:43 AM said...

thanks...manja. Ria rindu nak baca post you tapi skang ni busy sikit...insyaallah ada masa ria jenguk umah manja ya!

mmg susah nk buat keputusan tu sbb Rush tu amat menawan. tapi rasanya Ria dah cukup senang dengan kancil tu...alhamdulillah..

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template