Friday, March 7, 2008

Terima Kasih Suami...

Semalam aku pulang ke rumah dengan perasaan yang relax (aku sedang belajar merelaxkan perasaan). Sambil menyusukan Riana, aku melayan Ammar. Nampaknya saranan Azza menjadi dan aku sedikit gembira kerana dapat meluangkan masa dengan kedua mereka. Aku juga gembira kerana dapat mengawal perasaan aku daripada berasa kelam kabut walaupun masa sedang menghambat aku.

Sebelum tidur Sayang menukarkan diaper dan baju tidur Ammar dan aku pula melakukan pekara yang sama terhadap Riana. Sambil tu kami bergelak ketawa. Lagi membuatkan aku berasa relax. Aku lempar jauh2 persoalan baju tak lipat lagi atau belum angkat kain lagi. Bila aku sapukan vicks ke hidung Ammar (dia dpt selsema) dia mengeyitkan matanya kerana pedih. Aku dan Sayang ketawa lagi. Sedang Ammar nyenyak tidur dia tiba-tiba termuntah. mujur aku perasan waktu tu. Aku segera kejutkan sayang yang tgh sedap tidur sbb aku tgh tidurkan Riana. Sayang secepat kilat membantu aku mengemaskan Ammar termasuk menukar baju Ammar. melihat perlakuan Sayang itu mengundang rasa gembira dan sebak di hatiku. Aku gembira kerana dia sudi membantu aku dan aku terasa sebak kerana dia sanggup bangun dari tidur untuk membantu aku tanpa menrungut.

Pukul 4 pagi sewaktu aku bangun susukan Riana, Sayang memberitahu badan Ammar panas. Selesai susukan Riana aku mengelap badan Ammar dgn towel basah. then he drift to deep sleep. Jam 6 pagi pula sedang aku susukan Riana, sekali lagi kejutkan Sayang minta tolong lap badan Ammar. Dan sekali lagi dia bangun tanpa merungut. Waktu itu aku amat bersyukur kerana dia sudi membantu aku...sungguh aku rasa amat bersyukur. Aku harap sikap murninya itu akan berterusan sampai bila-bila.

Terima kasih Sayang...walau apa yang Sayang lakukan mungkin pekara kecil, tapi ianya cukup berharga buatku...terima kasih Sayang!

1 comments:

Faiz on April 3, 2008 at 5:52 PM said...

Terharu aku ngan hubby ko tuh.. moga korang dpt mengekalkan keadaan cemtu sampai bila2 :)

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template