Thursday, March 6, 2008

Say bye to BONUS

Nampaknya aku boleh say bye to bonus and increment maybe.
Big boss dah cakap minta extra effort kitorang supaya kerja lebih masa...say until 7-8 pm. Wah! aku memang confirm tak boleh. Kesian Riana n Ammar. Lagilah aku kelam kabut. Memandangkan itu akan effect appraisal, aku dengan hati yang terpaksa melepaskan peluang untuk dapat bonus dan increment. Aku pun dah bincang dgn Sayang. Sayang suruh aku balik macam biasa dan jangan risau pasal tak dapat bonus or increment. Sayang kata dia akan support aku. Sedikit sebanyak aku rasa sedikit lega sebab finacial aku pun memang dah tahap tak cukup sekarang ni. Memang aku nk sangat increment tapi kalau dah takde rezeki, aku tak boleh buat apa-apa.

Riana dah minum susu formula akhirnya, tapi dia tak nak minum susu Nan tu tapi nak susu Enfalac macam abang dia juga. Aku tak kisah susu apa dia nak asalkan dia nak minum susu. Hati aku dah boleh rasa tenang di office sebab aku tau Riana takkan kelaparan kat nursery. Aku pun dah tak perah susu sebab owner nursery kata tak perlu. memang sedih tak dapat bekalkan Riana dengan susu ibu tapi takpela...aku tau pihak nursery rasa leceh nak handle susu ibu. Asalkan anak aku terjaga baik aku dah bersyukur.

After beberapa hari aku masuk kerja, aku masih mencari rentaknya. Aku masih terasa kelam kabut. Di penghujung malam aku akan berasa sedih bila melihat Ammar tertidur pulas di sebelah Sayang. Aku sedih kerana berasa tak sempat nak luangkan masa untuknya. Rasanya masa berlalu begitu cepat. Riana pula agak susah nak di tidurkan, macam2 ragam dia nak tidur. Kejap nak dodoi, kejap nak buai, kejap nak nenen...Dalam sibuk2 aku tidurkan Riana, Ammar dah pun lelapkan mata...dan selepas semuanya tidur barulah aku sambung tugas yang belum sudah ie jemur baju budak2, lipat kain, gosok tudung, sapu lantai, lipat kain...Dan esok paginya aku akan bangun untuk mengulanginya lagi...

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template