Monday, March 3, 2008

Kerja

Hari ni aku start masuk kerja selepas dua bulan bercuti.

Masa aku hantar Riana di nursery, dia tak menangis malah tersenyum pada mama Na. Aku rasa lega sikitla tapi tetap runsing tentang penyusuannya. aku takut dia takmo menyusu dan dia akan haus. Aku harap adik akan minum susu tu. Lagi satu yang buat aku risau is adik tu mudah tersedak, takut juga aku pengasuh tu tak boleh handle dia, dahla adik tu manja! Harapnya anak mommy ok!

Ammar pula menangis masa aku hantar dia kat nursery despite ada ramai kawan yang menanti. Elin & Awin dah sedia menanti Ammar sebab derang dah rindu sangat kat hero aku tu. Well for him aku takla risau sangat sebab dia dah besar skit. tapi rasanya sure dia akan cari adik dia.

Atas meja aku tengok berlambak tugas yang menanti. Tak cukup itu, aku dpt khabar tak best. Dengarnya kitorang 'dipaksa' balik lambat. Kalau degil akan effect bonus dan increment. Well, aku dah decide akan balik ikut normal working hours dan aku akan lupakan tentang bonus dan increment. Sayang pun cakap benda yang sama dan kata akan support aku. alhamdulillah....moga rezeki Sayang bertambah lagi lepas ni...

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template