Friday, September 14, 2007

Puasa semalam

Alhamdulillah semalam aku dan baby berjaya habiskan puasa sehari. Nampaknya baby boleh tahan untuk berpuasa. Dia asyik bermain sepanjang hari walaupun aku berpuasa. Bagi aku itu satu petunjuk yang amat baik. Berbanding dengan abangnya dulu, langsung tak mau bergerak sewaktu aku berpuasa. Even selepas berbuka dia cuma bergerak sikit dan tidur kembali. Mungkin anak kedua ku ini suka berpuasa. Aku harap aku akan terus dapat bertahan sehingga ke hujung Ramadhan kali ini. thanks ya baby!

Semalam aku sampai di pasar ramadhan di kawasan perumahan aku lebih kurang 5 minit sebelum jam enam. Aku pun sibuk mencari lauk untuk berbuka puasa dan dua jenis kuih. Aku memang tak mahu beli lebih sebab akan jadi membazir. Lagipun aku ada buat Jelly di rumah, Ammar tentu suka makan. Tengah hari tadi aku sempat pergi beli cookie mix untuk raya nanti. Cadangnya next week nak start buat biskut raya. Alah simple aje asalkan sedap.

Sejak semalam aku dah sibuk fikir apa menu berbuka puasa untuk hujung minggu ni. Entahla, aku rasa suka nak masak kali ni. tak sabar plak rasanya. Sayang kata hari sabtu dia nak makan sotong goreng tempura dan butter prawn. mmmm...mungkin aku akan tambah sup sayur tuk ammar, letak kentang lebih sebab ammar suka makan kentang. Untuk hari Ahad plak aku masih mencari menu yang sesuai. Nanti balik aku nak jenguk koleksi resepi yang aku ada...

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template