Wednesday, September 5, 2007

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak!



Kepada semua teman Cyber, aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang bakal tiba minggu depan. semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya.

Well, talking about ramadhan always makes me smiling. Nak pula bila teringat puasa di zaman kanak-kanak dulu. Mama selalu beri galakan pada aku untuk berpuasa penuh. Kalau tak silap, aku berjaya puasa penuh dalam darjah 3 @ 4. aku pun tak ingat. Memang sgt seronok puasa ketika itu sebab nanti dapat duit raya lebih! hahahhaha...itu belum lagi cerita pasal shopping raya, memang seronok sakan pilih baju raya, kasut raya. Tapi ada juga masanya aku masam muka sebab aku nak kasut lain, mama plak tak berkenan kasut aku tu! hmmm...macam-macam!

Now sejak berkahwin aku merasalah puasa dengan suami tercinta. Memang seronok rasanya. Petang je nak cepat2 balik rumah nk sediakan hidangan berbuka. selalunya kalau hari kerja aku beli aje di pasar ramadhan. kalau cuti barulah aku masak. Waktu menunggu untuk berbuka pun seronok juga. Suami pasti sibuk dengan air manis dia, aku pulak cepat2 nak siapkan hidangan sebab nak tgk drama kat TV! then satu lagi dugaan is bersahur. Kalau nak di ikutkan aku malas nak bangun sahur sebab mengantuk. tapi sebab Suami kena bangun sahur aku bangun juga prepare untuk dia.

Sejak ada baby, kami lagi seronok. sambut puasa bersama. Actually lebih kepada nak sambut raya sebenarnya, sebab puasa dah jadi macam pekara biasa. Rutin yang tetap sama. Aku sejak awal lagi dah beli baju raya untuk Ammar. Bukannya apa, aku malas nak berebut bila dah time bulan puasa nanti. Nak pulak dgn keadaan aku yang dah jadi kenderaan berat ni. Memang seronok beli baju raya Ammar. Mulanya aku cuma nak beli 3-4 helai aje...alih2 sampai 6 helai! itu baru anak lelaki, belum dapat anak perempua...mau kopak aku! huhuhuuhu...

2 comments:

MINAH CELOTEH on September 7, 2007 at 4:59 PM said...

fuyoh...baju anak sorang je 6 helai.
Berape pasang pulak si mak nya pakai ;P

seriaira on September 10, 2007 at 9:07 AM said...

ala minah...Ria beli tiga pasang then ada je yang kasi duit suh beli baju raya tuk dia...tapi takpelah, nanti boleh pakai jenjalan. Ria ni waktu2 lain jarang beli baju anak...

Maknya rasanya beli dua helai je...dulu dah puas beraya dgn berhelai2 baju...wakakak

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template