Monday, September 17, 2007

8 facts about me...

Kalau dulu bila kena tag aku macam blur je apa nak buat. But after a few reading and asking now i knew what to do. Kali ni aku kena tag dgn John Norafizan. So this is 8 facts about myself...

1. PEMAAF. Aku ni memang sangat2 pemaaf orangnya. kalau orang lain rasa itu kelebihan but to me aku anggap itu satu kelemahan. Aku mudah benar memaafkan seseorang...

2. ULAT BUKU. Sejak kecil aku memang ulat buku. Sehari tak membaca aku rasa hidup tak lengkap. Walau ke toilet sekalipun aku akan bawa bahan bacaan masuk bersama. Kalau nampak majalah bergantungan di toko buku aku terasa seperti di lambai-lambai oleh majalah tersebut untuk membelinya...tapi bab majalah ni aku selektif sedikit...

3. OPEN MINDED. Seriously... I am very open minded person. You can talk anything with me so long you don't insult me. Aku boleh terima apa sahaja pendapat seseorang tanpa mengenepikan pegangan aku. Bagi aku, setiap orang berhak menyuarakan pendapatnya tak kisahlah kalau ia kedengaran agak bodoh!

4. SETIA. Aku memang seorang yang cukup setia. bukan sahaja pada pasangan tapi pada apa juga yang aku miliki atau gunakan. Contohnya Handbag, aku akan pakai handbag yang sama kemana sahaja sampailah handbag tu dah tak boleh berkhidmat lagi, baru aku tukar...sama juga dengan benda lain seperti sandal, kasut, jam etc...bagi ku cukup dengan satu!

5. CONTROL FREAK. malu nak mengaku tapi aku memang control freak. iskk...bukan Queen Control tapi segala yang berada dalam bidang kuasa aku akan aku control dan orang mesti ikut setiap peraturan aku. Contohnya di dapur...aku akan susun segala pinggan, piring, mangkuk, sudu accordingly. memula ikut saiz, then corak. lepas guna letak di tempatnya semula, jangan gatal tangan susun ikut suka hati. Dan jangan sekali-kali campurkan sudu-garpu dengan pisau atau senduk atau sudip. Paling penting, aku tak suka tgk span basuh pinggan aku kotor dan basah!!!! follow my rules please!

6. A FAILED LIAR. Aku memang tak pandai menipu. Apapun perasaan aku, akan tergambar di wajahku. walau macam aman aku cuba sorok tetap gagal. Dan tak memang tak boleh nak menipu. tak tahu nak cakap macam mana but i just can't lie...especially bila nak menipu berhadapan dengan orang yang aku tipu...tak sampai hati pun ada....

7. WINDOW SHOPPING. Aku memang cukup suka window shopping! tak kisahlah kalau tak beli tapi aku memang suka bersiar-siar di hujung minggu. Suami pun dah terikut-ikut cara aku hehehe...plus bawa anak jalan-jalan. Bagi aku tak pergi bercuti pun tak mengapa asalkan aku dapat bersiar-siar. Tempat yang aku suka, 1 Utama, Ikano, Tesco Ampang, Taman Tasik...

8. INFO SEEKER. Aku suka mencari info tak kira info ttg apa pun. kenapa? kerana ini memudahkan aku ketika berbual. Jadi, walau apa pun yang orang lain bualkan, aku akan tahu tentang apa. Aku memang pantang rasa diri ni bodoh! at least aku paham...

kata JN aku kena Tag 8 orang. Jadi kat bawah ni aku senaraikan 8 orang yang aku tag (nak tag alyze tapi JN dah chop dia dulu huhhuhu) :

1. Smile
2. Minah Celoteh
3. Azza
4. Manjalara
5. Medussa
6. Maman
7. Smileslady
8. Tasha59

Tagging rules:
  1. Each blogger must post these rules.
  2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
  3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
  4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve been tagged and to read your blog.

3 comments:

MINAH CELOTEH on September 18, 2007 at 6:33 PM said...

Bulan posa camni pun ada main tag ka???

Aisey beb...InsyaAllah Minah tunaikan. Bak kata pepatah; Biar lambat jgn terus tak buat hakhakhak

seriaira on September 19, 2007 at 10:16 AM said...

heheheh...

baru setat enjin la minah...

Exotica_by_Aida on October 16, 2007 at 1:49 AM said...

Pengakuan berani mati Bel- control freak ye? Hahahha!!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template