Wednesday, September 26, 2007

C.I.N.T.A

Apa itu CINTA?
Ada yang kata CINTA itu indah...
Ada juga yang kata CINTA itu mengasyikkan...
Tak kurang juga yang kata CINTA itu buta...
Malah ada yang kata CINTA itu menyakitkan...

Sukar sungguh mengungkap erti cinta nampaknya. Aku sendiri tak mampu nak terangkan apa itu cinta sekarang ni...kerana aku sudah tidak percaya kewujudan cinta. Sememangnya sudah lama aku tidak percaya pada cinta. Bagiku cinta hanya satu kata lafaz di mulut...yang cukup sedap di dengar tapi cukup tak sedap di hati bila perlakuan tidak seiring dengan lafaz.

Tapi lebih sukar nak ungkap tentang cinta apabila sudah berkahwin. Sememangnya cinta sebelum dan selepas kahwin terlalu berbeza. Cinta sebelum kahwin terasa asyik..indah...manis...di awangan...rindu...dan sebagainya. Tapi cinta selepas kahwin lebih banyak kepada tanggungjawab...sampai adakalanya terlupa bagaimana rasa cinta yang sebenarnya. Namun walau apapun, cinta lepas kahwin adalah cinta yang lebih realistik bukan fantasi. Kerana kita bebas melakar warna-warna cinta tanpa sempadan...

Note : Aku sebenarnya sedang mencari mood untuk cinta...aku tak percaya pada cinta...jadi aku sudah lupa bagaimana rasa bercinta di kala bujang!

2 comments:

Nonchalantly anxious on September 27, 2007 at 3:48 PM said...

Cinta lepas kahwin, sesuatu yang jarang terjadi sekarang. Tapi bukankah indah kalau itu terjadi padaku?

Unknown on September 28, 2007 at 3:09 PM said...

insyaallah Jem! Bel doakan ia terjadi pada Jem! tapi org kata cinta lepas kawin memang best Jem!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template