Tuesday, June 5, 2007

Detik kedua...

Hari demi hari aku selalu berdoa agar aku semakin kuat melawan rasa mabuk mengandung. Semalam Sayang bawa aku buat kad merah di klinik kerajaan berdekatan rumah kami. Seperti ibu-ibu lain, aku melalui sekali lagi proses yang sama sewaktu aku mengandungkan Ammar dua tahun lalu. Kencing dalam botol khas...di cucuk dan di sedut darah sebanyak 5ml...di ambil tekanan darah dan di picit-picit perut untuk merasa kedudukan bayi. Biasanya semua tu taklah lama cuma untuk proses kali pertama ianya agak lama...jadi kasihanlah Sayang main dengan Ammar di luar bilik. Hari pula hujan. Nasib baik Ammar tidak meragam.

Di sebabkan aku tak catat tarikh last period, tarikh due aku masih belum tahu secara tepatnya. Nurse dah buatkan appt. dgn doktor lagi dua minggu supaya dr. boleh scan dan tahu due date baby ni nanti. Aku harap baby ni akan lahir tahun 2008, jadi tidaklah nampak seperti aku bersalin setiap tahun (Ammar lahir Feb 2006) hahahahahahha!!!!

2 comments:

John Norafizan on June 8, 2007 at 2:50 PM said...

Aira,
Take care, hati-hati kalu wat keje tu hehe

seriaira on June 11, 2007 at 9:06 AM said...

thanks john...but now ria tgh demam lagi sekali ni...

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template