Wednesday, July 4, 2007

Kembali Berblog!

Rasanya bagai terlalu lama aku tak menulis di blog ini. Bukan setakat itu sahaja malah aku juga sudah terlalu lama tidak menjenguk rakan-rakan di rumah mereka. Rindu? memang rindu tapi entah kenapa hatiku tiada untuk semua itu. Aku sibuk melayan rasa mabuk yang amat menyesakkan. Aku juga tenggelam dalam tugas yang semakin berlambak-lambak, membuatkan masa aku semakin terhad.

Tapi kini rasa mabuk yang menghantui diri sudah mula hilang dan aku mula rasa bertenaga. Rasa ingin melayari dunia siber mula mengetuk pintu hati....terasa rindu pada teman-teman sekalian...

Namun hari ini aku sedikit sedih. Bermula 2 July 2007, Ammar sudah berhenti menyusu badan dengan aku. Walaupun berat untuk aku lakukan namun aku terpaksa juga demi baby dalam kandungan ku nanti. Lagipun doktor juga ada bagitahu bahawa antibodi dalam badan aku lemah, dan kerana itulah aku sering tidak sihat. Hari pertama tanpa susu badan berlalu tanpa sebarang rasa. Ammar seakan lupa ingin menyusu. Tapi semalam dia meminta dengan aku di dalam tidurnya. Bila aku menolak lembut dia mula menangis, membuatkan hati aku juga menangis. Aku tepuk2 punggung dia supaya dia terus tidur dan berjaya. Malam tadi dua kali dia minta nenen dengan aku, dan dua kali juga dia menangis. Ikutkan hati mahu saja aku bagi tapi aku perlu kuatkan hati demi kepentingan Ammar sendiri dan juga bakal adik dia nanti. Ya Tuhan, kau kuatkanlah hatiku dalam menangani masalah ini. Kau berikanlah juga kekuatan itu pada anakku agar dia boleh berhenti menyusu denganku.

Sesungguhnya bukan mudah untuk aku buang rasa rindu untuk menyusukan Ammar. Natara saat-saat yang paling aku nantikan adalah saat aku menyusukan dia sehingga tertidur...bahagia terasa bila melihat wajahnya tidur dengan tenang setelah kenyang menyusu....

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template