Wednesday, May 23, 2007

Cabaran awal

Dua hari aku MC sebab demam selsema. Hari ni masih tak elok lagi sebab tak makan ubat selsema. doktor tak berani nak kasi ubat takut bahayakan kandungan. aku pun angguk ajelah. Asalkan dapat MC at least dpt aku rehat. Even aku tak larat tapi aku tetap tak hantar Ammar ke nursery sebab tak sampai hati pula nak hantar. Nasib baik Sayang ambik cuti halfday...lega sikit rasanya. Thanks ya Sayang! mana tidaknya, Ammar semakin menjadi-jadi manjanya. nak berkepit dengan aku aje! mainan dia yang melambak tu langsung dia tak heran tapi sibuk nak ajak aku main juga! pantang aku bergerak sure dia merengek nak ikut. lepas tu pula bukan boleh aku panggil ikut aku tapi dia nak aku datang dukung amik dia!!!!

Agaknya baby dlm kandungan aku ni tak berapa suka duk office. Iyelah, aku rasa aku lebih ok di rumah berbanding di office. di office ada aje yang buat aku rasa tak kena. kat rumah tu even tunggang langgang cemana pun aku tetap ok...at least rasa bertenaga sikit. entahlah...apapun aku harap mabuk aku ni cepat hilang. rasa kalah betul aku dengan mabuk ni...lembik di buatnya!

5 comments:

Sue on May 23, 2007 at 9:08 PM said...

part mengandung mabuk2 nih....aiyoh pls dont remind me, make me mabuk ah alahai

Anonymous said...

ria..sahla anak ko memang anak pompuan...tengokla nanti masin mulut kak med nih..hihi

Unknown on May 24, 2007 at 9:40 AM said...

amin! kak med...masinlah mulut ko kak med!...

John Norafizan on May 24, 2007 at 12:48 PM said...

ria..
semoga sihat di dalam menempuh dugaan sembilan bulan ni... erk JN tak tau camner perasaan seorang ibu yang sedang mengandung ni.. pasti sukar ye?

Unknown on May 24, 2007 at 3:23 PM said...

memang sukar JN...macam-macam perasaan ada...semuanya bercampur manjadi satu!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template