Tuesday, April 10, 2007

siang terasa malam...

Novel sulungku dah pun berada di pasaran. Sambutannya tak pasti sangat sebab aku macam segan nak tanya orang! Then last month aku baru saja hantar novel kedua yang merupakan sambungan dari novel pertama itu. Aku harap berjaya juga di pasarkan seperti novel pertama. Cuma aku masih belum puas dengan gaya bahasa aku sendiri. Mungkin kerana sudah lama tidak menulis, aku hilang dalam kegelapan. Namun itu mungkin buat seketika...lepas warm up nanti agaknya terang semula jalan aku tu!

Sekarang ni aku ada 3 projek yang perlu aku siapkan. Actually aku dah pun bagi tajuk awal untuk tiga novel tu tapi mungkin aku akan tukar kalau aku rasa kurang sesuai. Namun kini yang jadi masalahnya, aku kekurangan masa. hehehe...tak cukup masa? dapat 72 jam sehari pun belum tentu cukupkan? Namun aku tetap cuba mencuri masa untuk menyiapkan projek aku tu. Kadangkala di waktu Ammar dan Sayang tengah sedap tidur, aku masih menyarap mengadap PDA dalam gelap. Cuba mencari beberapa baris ayat yang boleh untuk projekku. Dan ada waktunya (seperti sekarang) aku langsung tiada mood untuk menulis. Mungkin kerana badan terasa lemah atau mungkin juga kerana idea yang masih berlari-lari di awangan.

Tak mengapalah...aku akan cuba siapkan juga novel ku itu walaupun tugas seharian sudah cukup buat aku lelah. Sepanjang hari di pejabat membuatkan aku kadangkala terasa cukup penat. Mana nak melayan kerenah bos...staff...supplier...pening juga...Tapi aku rasa aku juga cuai dalam mengurus masa di pejabat kerana sering melepak di forum kesukaan ku sambil mengarut melepaskan tension. selalunya hati memang terasa puas....at least ada tempat nak lepas perasaan dan berkongsi pendapat.

6 comments:

Anonymous said...

looor pindah la pulak. tapi tak pe, umah baru ni nampak cantik dari dulu, nampak cosy.

anyway hope dapat dengar citer lagi from u

Unknown on April 10, 2007 at 4:25 PM said...

thanks smile...kalau rajin lawat selalu ya! ahaks!

Sue on April 10, 2007 at 5:18 PM said...

U novelist, I'm impressed!
InsyaAllah I try to look out for your titles. Mana tau I will bcome your fan c{:^)

Unknown on April 11, 2007 at 8:10 AM said...

ahaks! tapi Ria still tak berpuas hati dgn novel pertama tu. esp dr segi bahasa. banyak lagi yang boleh di perbaiki!

Anonymous said...

I already buy one for my collection but still don't have a time to read it. Now, she nak keluarkan novel yg kedua huhuhuhu nampak nya aku surely akan beli but kena simpan dulu le.

Unknown on April 11, 2007 at 10:24 AM said...

thanks smile...muahhh!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template