Tuesday, April 17, 2007

Langsir oh langsir

Dah beberapa bulan aku asyik berfikir nak tukar langsir sliding door kat rumah aku tu. Then nak letak railing kat dua tingkap yang sebelum ni aku Tinted je dan grill kan. Tapi aku stil tercari-cari colour scheme yang sesuai. Aku dah confirm nak style goblet untuk sliding dan slotted in untuk tingkap tu cuma nak cari warna aje. Kalau tengok kat kedai yang aku pergi tu memang banyak pilihan, tu yang jadi rambang mata tu! aduiii! cemana nak pilih ni ek? nak yang berbunga ke yang plain? ke yang ada corak tapi plain? kalau yang berbunga nak yang bunga besar ke bunga kecik2? ataupun aku nak cari corak kain retro? atau corak geometri? aduhhhh! fening kefala laaa....Buat masa ni dinding rumah aku masih warna off white dan kami tak bercadang nak cat baru sebab catnya masih baru dan cantik. Rasanya warna dinding tu akan kami kekalkan dalam 2-3 tahun ni.

Aku sebenarnya dah tak sabar tak tempah langsir. Yelah our current langsir pun dah lama tak berganti. Itupun mama yang belikan kain dan minta busu jahitkan. Kalau tak silap aku dah 4 tahun langsir tu tak berganti cuma aku cuci aje. Nasib baik mama beli kain yang elok. Bercakap tentang kain pun satu hal. Rambang mata aku di buatnya...tapi yang pasti sayang nakkan kain langsir yang tebal dan tak boleh tembus cahaya. Dia tak mahu silau bila tengok TV. mmm...rasanya aku nak cari corak kain yang cantik lah kat web ni...itupun kalau ada...any suggestion?

2 comments:

Sue on April 17, 2007 at 8:36 PM said...

LOL...kalau dah dinamakan pompuan, mmg susah nak buat decision. Suruh suami, lagik dia malas nak layan.
Selalunya I buy colors that matches my furniture. Cos in general, furniture digunakan lagik lama dari warna dinding.

Unknown on April 18, 2007 at 8:45 AM said...

mmm...betul juga tu minah. Kat rumah furniture ria mostly dark colour. semalam hubby kata dia nak langsir tu colour terang tapi tak lut cahaya. mmmsabtu ni nak pi serbu kedai langsir tu la...tapi hati ni macam nak pegi macy je!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template