Wednesday, April 18, 2007

Kesian dia

Pagi ni aku terlewat bangun. Nasib baik aku sempat sampai office. Sekarang ni mata aku cukup berat tapi aku gagahkan juga sebab banyak kerja menanti.

Malam tadi Ammar meragam. Entah berapa kali dia bangun merengek dan menangis sayu. Mulanya aku tukar diapers sebab diapers dia lencun, then aku sapu minyak serai kat perut dia. Lepas aku urut, dia tertidur tapi kemudian bangun semula dan ulang semula. Aku agakla sebab dia kena ulcer kat bibir dia tu. So dia rasa sakit bila nak menyusu. Badan pula panas sikit. Aku pun layan n pujuklah dia. Adake kul tiga pagi main bola atas katil sambil dengar lagu bebudak! Biar ajelah asalkan dia diam...At last aku dh terlalu mengantuk aku biar aje dia menyusu sambil menyarap atas badan aku. Sampailah dua-dua tertidur...

3 comments:

smile said...

ria, better p bawak check doktor, taska anak smile ade edar risalah penyakit kaki, tangan n mulut, kementerian apa tah keluarkan circular ada jangkitan tu kat lembah kelang ni, his! minta dijauhkan le. Saja ingatkan.

manjlara on April 19, 2007 at 12:48 PM said...

hehe bebudak klu kena ulcer mmg
haru-biru sket. serba-serbi cam tak
kena je..

seriaira on April 19, 2007 at 1:59 PM said...

smile : ria pun duk risau. tp ria tgk simptom tu takde lagi. yg risaunya is tempoh incubation virus tu dlm 4-6 hari..baru nampak sakitnya..petang ni baru ria nk bawa pi klinik

lawa : memang haru-biru lara...esp bila nak menyusu malam tu..dia dh biasa menyusu badan dengan mata yang lelap. so bila sakit dan tekak plak haus plus mata ngantuk, marah dan sedihlah dia....sedih ria tgk dia!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template