Friday, February 5, 2010

Kematian itu suatu yang pasti

Selasa baru ni aku ke Kajang, menziarahi jenazah mak long sebelah mama. Arwah meninggal jam 10 pagi, cuma sakit tua selepas a week tak nak makan. Arwah ni sgt pendiam, in fact kami sangat tidak rapat. Hanya tahu dia kakak mama. Lama dia derita sakit jiwa...sgt sedih kalau ingat kembali. But she already got her half. Oleh kerana dia hanya ada seorang anak perempuan dan yg itupun dah passed away due to bone cancer, maka menantu2 nya lah dan adik perempuan yang memandikan jenazah. Sayu rasa hati aku bila lihat wajah arwah seakan tersenyum dlm 'tidur'nya. Dalam pada tak rapat itu...menitis jua airmataku. Terasa pertalian darah yang kami miliki, sementelah dia tak pernah membuat onar pada keluarga kami; aku khususnya.

Pulang dari kajang, aku berfikir sambil memandu. Jika kata aku meninggal satu hari nanti, aku ingin Ammar mengusung aku ke liang lahad. Dan jika kata sampai ajalku nanti, aku mahu suamiku mengimamkan sembahyang jenazah buatku kelak. Lantas malam sebelum lena aku bertanya,

Aku : Yang, you tau sembahyang jenazah tak?

Sayang : Berdiri je, takde rukuk or sujud.

Aku : Ye la..but do you really know how?

Sayang : ada belajar dulu, tapi ingat2 lupa la.

Aku : I rasa you kena belajar semula Yang. Just in case anything happen to me,
I nak you imamkan sembahyang jenazah I nanti.

Sayang : *diam*

4 comments:

wannie ross on February 5, 2010 at 10:25 AM said...

bel..i tahu kematian itu pasti, tapi untuk i berdialog macam ni dengan my hubby, i jadi takut...

beldandy on February 5, 2010 at 11:09 AM said...

entahlah wannie...tiba2 I rasa macam tu while driving. dan teringin nak bgtau hubby yg I nak dia sembahyangkan I...

but really, kalau fikir2 pekara lain rasa takut juga..bukan takut apa, takut anak2 yang kena tinggal tu...

dlittlekitchen on February 5, 2010 at 5:47 PM said...

adeehh.. touching laa plaks....

beldandy on February 6, 2010 at 10:35 AM said...

hehehe..mengingati mati wajib tu kyra...but really..I pun sedih bila kenangkan kembali.

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template