Friday, October 16, 2009

Langkawi 2009

Ini posting tertunda.
Setelah berminggu aku diam menyepi dek beberapa isu yang belum pudar.
Aku kini kembali mengaktifkan blog yang senyap sunyi.

Percutian ni dah kami rancang setahun lepas. Menantinya amat siksa...penantian itu satu penyiksaan bukan? But it's a worth waiting vacation. Syukur semuanya berjalan lancar seperti yang kami rancangkan.

Kami berangkat dgn Air Asia (dpt seat free ok!) lewat petang. Pemandangan dr dlm flight waktu matahari nak tenggelam sangat mengasyikkan...subhanallah.


Sampai Berjaya Resort pun dah malam, kami dah keletihan. Mujur aku ingat nak singgah kedai untuk tapau dinner kami malam tu. Selamat satu hal.



Ajaibnya bercuti ni, boleh pula bangun pagi2 dengan hati yang happy. Tak seperti bangun pagi nak pergi kerja...hihihi. Sempat pula snap few pic dr beranda. This time Sayang took bilik yang dekat skit dgn pantai. Hopefully next time kami blh duduk bilik yang atas air pula!

Lepas breakfast dan layan anak2 di pool, kami berangkat nak ke Gunung Mat Cincang. Makbul doa dua suami, cable car tutup sbb sedang under maintenance! geram sungguh kami, para isteri yang nak sgt naik cable car. Jadi terus kami ke Telaga Tujuh. Dengan penuh semangat dan azam, kami daki hingga ke atas. Separuh jalan aku hampir mengalah...tapi Ammar sgt teruja nak naik atas. Amazing...dia panjat 600 plus anak tangga all by himslef tanpa minta di dukung seperti selalu. Wow! korang tgk je la gambar2 aku ni...dek tak rancang nak panjat bukit, aku pakai lawa2...rosak wedges aku! uwaaaaaaa...turun bukit aku dah kaki ayam.
Kami sedikit terkilan sbb tak bawa baju untuk mandi kat atas telaga tujuh tu...sayang sungguh.



At Wildlife Park. We spent so much time here enjoying every part of it. Paling syok area rabbit, Ammar & Riana tak lepas peluang langsung!



Aku cukup suka pemandangan di tanjung rhu...
Kali ni kami dpt tengok matahari terbenam...subhanallah...sungguh cantik


Kali ni kami tak lepaskan pelung untuk ikut island hopping. Seronok campur takut. Aku ingat bot slow...rupanya dia pecuttt! mak aiiii...risau gak aku. Mulut dah kumat kamit baca ayat kursi supaya kami selamat pergi dan balik. Kami singgah di Tasik Dayang Bunting, kawan sayang tu ada hajat rupanya! cuba tgk gambar gunung yang menyerupai wanita mengandung sedang baring tu... then kami ke pulau singa bagi helang makan dan last ke pantai beras basah mandi2 skit. Hati aku bertambah risau hati aku bila nak balik tu hujan agak renyai...ombak pun nampak agak besar tapi boatman aku yakin boleh aje. Alhamdulillah kami semua selamat pulang ke tanah besar...hehehhehe

Memang seronok pergi bercuti...rasa tak nak balik pun ada.
Takpelah...kalau panjang umur, murah rezeki kami datang lagi.
Kepada warga Berjaya Resort, terima kasih kerana melayan kami dengan baik sekali. Tq juga pada one of the crew yg bawa Riana tour dlm kitchen mereka!

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template