Tuesday, August 25, 2009

Masak-masak di awal puasa

Thn ni puasa pertama jatuh pada hari Sabtu. Aku tak lepaskan peluang ni untuk masak puas-puas sbb kalau tgk jadual, rasa macam x berpeluang dah nak masak kaw-kaw. Hari bekerja aku cuma beli lauk je...sbb tentu tak sempat.

Sejak awal aku dah warning Sayang, beli kuih tak blh lebih dr RM2. Beli lauk pula tak blh lebih dr 2 jenis. Bukannya apa...cuma takmu membazir. On last saturday, Sayang dah request masak ikan siakap steam, ikan siakap sweet sour, sotong goreng tepung dan sotong bakar siap air asam. Aku pulak plan nak buat buah melaka. Tapi syok pergi bershopping sampai lupa tgk jam. Hampai jam 6 baru sampai rumah. Terkocoh-kocoh aku memasak sorang2. Rasa macam nak keluarkan lagi dua tangan time tu! hahahaha...tapi alhamdulillah..ngam2 azan, aku pun siap masak semuanya. Tapi baru lima suap Sayang dah mengah...aku pula baru terperasan yang aku melayan semua nafsu (rimau) tanpa sebarang bantahan. Mana boleh 4 lauk sekali! sapa nak makan! sweet sour tu langsung tak berusik! haru betullah! Aku pulak mmg tak reti makan lauk byk...sudahnya lauk tu buat sahur. sahur pun makan ciputtt aje, sebab masak ikan sekor!

Hari ahad pulak aku awal2 dah bakar cheesecake. Ammar seperti biasa paksa aku letak colour dlm cake batter. Lepas tu kami kemas2 dapur...ubah mana yg patut. aku baru perasan, kami berdua mmg suka alih2 furniture dlm rumah. Aku siap basuh dapur...lama tak basuh dapur, dah sebulan asyik mop aje. By that time aku dah rasa letih sgt...Nasib baik Sayang kata panaskan je lauk semlm dan goreng ayam je...fuh! lega.



Semalam aku El sbb Riana demam. Kesian betul..lembik dia seharian semalam. Asyik tidur dan nak melekat dgn aku...cepat sembuh ya dik. Mommy risau.


aku nak sentuh skit info pasal cheesecake ni. Kalau korang pernah google mana2 resepi cheesecake sure ada terbaca steambath or bain marrie kan? tau tak cemana tu?
ok tgk gambar yang aku letak ni...macam ni lah kalau nak bakar cheesecake cara tersebut. Lama sungguh aku membakarnya tapi hasilnya amat sedappp! macam di secret recipe. rasa kek ni bertambah sedap selepas semalaman dalam fridge.! enjoy!

9 comments:

n0n0n on August 25, 2009 at 2:08 PM said...

seriyes aku jadi lapo tgk cheese cake neh....nice blog and nice baking...wanna try some of the recipe...hehehe...jemput datang ke blog ku yg tak brape cantek....

TashadeNatasha on August 25, 2009 at 2:08 PM said...

hey hey sedapnya...

syahadah on August 25, 2009 at 2:56 PM said...

minnie mouse riana tu sejibik cam nadiera punya...

beldandy on August 25, 2009 at 3:06 PM said...

tq for dropping by n0n0n!

mmg sedap tasha..jom order for your bf nk? hehehehe...

dani...sama ek? dia baru nak pandai main dani...nak balut macam baby kena bedung tu!

Zilla HB on August 26, 2009 at 11:01 AM said...

hi bel...

dah sihat ke ner?

nampak sedap ciscake tu..bel guna resepi yang mana ye?

Zilla HB on August 26, 2009 at 11:01 AM said...

hi bel...

dah sihat ke ner?

nampak sedap ciscake tu..bel guna resepi yang mana ye?

beldandy on August 26, 2009 at 6:54 PM said...

zila, bel still flu la..
ala guna resepi zila kasi tu ler...

dlittlekitchen on August 28, 2009 at 1:48 PM said...

bel... cantik laa texture dia.. slalu kalo I buatkan.. biler dh masak, kuarkan dari oven, tengah2 dia cam turun sket... kurang cun.. yg bel buat ni cam cunn jer

beldandy on August 29, 2009 at 9:03 AM said...

hmmm..aah yg ni tak mendap kat tgh tu roxa...tapi mmg dia akan shrink skit..even dia cuma naik di minit2 terakhir je...lama bakar!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template