Tuesday, August 4, 2009

Bon Voyage

Saat aku menaip bait-bait ayat ini, hati terasa sangat sebak.
Sambil menahan airmata yang gugur, aku cuba mengimbau kenangan manis kami bersama.
Kalau dulu, aku sering di jadikan contoh olehnya. Aku masuk Universiti, dia juga mahu ke tempat yang sama.
Nyata dia berjaya...kerana dia juga bijak dan sgt rajin.
Selama beberapa tahun kami di UPM duduk serumah. Susah senang sama-sama.

Dia berkahwin lebih awal dari aku. Itu takde masalah bagi aku.
Kini anak kami berselang tahun. Malah berselang jantina.
Dia duduk nun juah di Gurun. Itupun hanya beberapa kali aku dpt menjejakkan kaki ke sana.
Itupun aku sudah terasa jauh. Jumpa pun hanya sesekali di waktu Raya atau bila dia singgah bermalam di rumahku.

Tapi kini dia pergi lebih jauh...sangat jauh, yang mana mungkin tak sampai kaki aku nak kesana.
yang lagi buat aku sayu, aku tak sempat nak peluk dia...
Aku tak sempat nak peluk anak buah aku yang dua orang itu...
Arghhh! airmata...pandangan aku mulai kabur...jgn ganggu!

Hari ini, Caca sekeluarga akan berangkat ke tanah arab, Al Jubail.
Aku mmg tak dpt nak hantar dia ke KLIA, jadi hanya melambai dari jauh...
Mengharapkan mereka selamat sampai di sana. Moga terus di lindungi Allah dan sihat sejahtera.
Tahun ini kita tak dapat berhari raya bersama Ca...I'm gonna miss you!

Bye dear Sis...take good care!

Love,
Kak Long

4 comments:

Zilla on August 5, 2009 at 10:58 AM said...

jgn nangis bel..

doakan yang terbaik tuk mereka...
kalo rasa nak peluk seseorg, meh sini peluk kiter..heheheh

beldandy on August 5, 2009 at 2:20 PM said...

hehehehe...
sayu hati la zd...
tingat anak buah...
tu la 2 org yang bel ada...

Zilla on August 5, 2009 at 8:10 PM said...

err bukan zd tapi zilla...huhuhu

beldandy on August 6, 2009 at 8:30 AM said...

hihihi..blh plak salah org...smlm baca macam zd...
sowwy zila!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template