Thursday, July 16, 2009

Inferior...

Hari ni ada mood nak jadi counsellor plak! huhuhuhu...

Inferiority Complex juga bermaksud tidak yakin pada diri sendiri. Sedar atau tak samada kita sendiri atau di kalangan kita masih ada yang bermasalah begini. Spetutnya pekara harus di tangani dengan betul sebelum ia melarat, jika ianya makin teruk ianya boleh merubah personaliti seseorang. Jom kita lihat 7 ciri2 Inferior...

1) Sensitif terhadap kritikan / komen - Org sebegina biasanya mmg tahu kelemahan mereka namun mereka tak suka di kelemahan itu di sebut. Mereka merasakan itu sebagai serangan peribadi walaupun pengkritik tidak bermaksud sedemikian.

2) Hyper critical attitude - Bila mereka gagal melihat yg baik dlm diri mereka, mereka juga gagal melihat yg baik dlm diri org lain. Mereka lebih cenderung mencari kelemahan orang lain supaya mereka berasa diri mereka lebih bagus.

3) Respon terhadap pujian - samada mereka begitu desperate untuk pujian sehingga sanggup memancing untuk di puji atau mereka langsung tidak mahu mendengar pujian...

4) Kerap meyalahkan org lain - Salah satu cara mereka mengurangkan beban kelemahan yang wujud

5) rasa di kenakan - bila berlakunya kebetulan setlh menyalahkan org lain, dia berasa puas mengetahui yg dia mmg menjadi target. jadi itu bukan salah mereka..

6) -ve terhdap pertandingan - mereka ini sukakan pertandingan dan mahu menang. Tapi mereka mengelak dr bertanding bila bimbang akan kekalahan. pd mereka tidak menang bererti kekalahan secara total!

7) kerap memencilkan diri - mereka sukar hendak bersosial esp berbual kerana bimbang setiap kata2 mereka di anggap bodoh...

Bagaimana untuk memperbaikinya?

Lakukan yang berikut:

* Beri tumpuan pada kehendak dan kemahuan

* Fokus dan tumpukan perhatian kepada kejayaan

* Bina jati diri

* Dapatkan bahan bacaan yang positif atau membina

* Fokus kepada kekuatan diri

* Pamerkan kehebatan atau keistimewaan diri anda

Elakkan:

* Mengkritik diri sendiri

* Mudah mengalah atau merendah diri

* Meniru orang lain

Kalau korang rasa diri korang atau kenalan bermalash sebegini...mungkin kita blh tolong mereka...Aku harap kita sama-sama menilai kembali diri kita. Masih belum terlambat untuk memperbaiki setaip kelemahan diri kita. Jangan lupa kita masih ada Yang MAHA ESa.

Sumber dari : myhealth portal dan stopdepressiontoday.com

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template