Thursday, June 11, 2009

Pineapple Upsidedown

Seminggu tak bakar kek rasa lain macam aje. Tekak pun rasa nak makan kek. Teringat kek Nenas aka Pineapple Upside down yang pernah aku buat dulu. Hmmm belek2 kitab, jumpa resepi lain. Got to try Rose's recipe. So far tak menghampakan. Ammar mmg sgt seronokla bila sebut nk buat kek. macam biasa dia tolong kacau telur.


Inilah hasilnya. Resepi ni mmg sedap sbb gula tu guna butter & gula perang. Fuh! this is definately a keeper. Nampaknya Ammar sgt suka makan kek ni compare to choclate cake. candle tu bukannya apa, Ammar mmg suka berlakun tiup lilin.

Kat bawah ni aku sertakan resepinya untuk korang cuba. Tapi kalau malas nak buat, boleh order je dgn aku, tak mahal, cuma RM45.00/kg. Selamat mencuba!

1 tin pineapple slices
pitted cherries - optional
4 tbs unsalted butter - butter biasa pun sedap
1/2 cup light brown sugar

3 telur kuning gred B
1/2 cup sour cream
1 tsp vanilla
1 1/2 cup tepung kek
3/4 cup gula (boleh kurangkan)
3/4 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 tsp garam
9 tbs unsalted butter - kalau guna butter biasa omit garam

Panaskan Oven to 350C.
Sediakan loyang untuk membakar (guna flouring method).
Cairkan butter dan masukkan gula perang. kacau smp gula lembab dan tutup api. Tuang ke dalam loyang kek.
Susun Hirisan nenas tadi. Letak cherries di tengah lubang nenas tu. NNt kek cantikla. Aku x letak pun sbb lupa beli.
Then dlm mangkuk sedang, campurkan kuning telur, 1/4 dr sour cream dan vanilla. gaul2 skit.
Dalm mixing bowl, campurkan semua bhn kering dan pukul on low speed selama 30 saat.
Then masukkan butter dan baki sour cream. Pukul on low speed smp adunan lembab. Tambah speed dan pukul selama 1.5 minit lagi.
Kemudian masukkan campuran telur dlm 3 batches, pukul selama 20 saat setiap kali masuk.
bakar selama 40-50 minit. Tunggu beberapa minit sebelum terbalikkan atas pinggan. dah siap!

Note : sorry bahasa agak tunggang langgang sbb saya translate from english.

4 comments:

Zilla HB on June 12, 2009 at 9:16 AM said...

bel..nampak sungguh menyelerakan...

err gmbr no 2, cantiklah pinggan tu...err pinggan ke apa tu bel? hehehe

beldandy on June 12, 2009 at 4:17 PM said...

aah tu pinggan kecil..sesuai tuk hidang kuih2.

syahadah on June 14, 2009 at 9:26 PM said...

dani nikan jeles tau...bel karier womanpun boleh buat mcm2..dani ni duduk umah..sikitpun tak pandaii...jeles jeless....heheheh

beldandy on June 15, 2009 at 7:13 PM said...

alahhhh..Dani pun boleh buat.
Kalau Dani ada oven, dani blh cuba salah satu resepi yg bel ada tu...insyaallah jadi.

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template