Monday, June 29, 2009

Beary Oat & Peanut Butter Cookies

Saja plan project ni tuk layan Ammar dan melembutkan jari jemari aku yg keras ni supaya kreatif sikit. Belek punya belek akhirnya aku pilih resepi ni untuk buat. Mulai post ni aku berazam akan buat step by step photo so senang sikit korang nak faham...

2 cups oats segera yg belum dimasak
2 cups tepung serbaguna
1tbs baking powder
1 cup gula
3/4 cup butter, lembut
1/2 cup gula perang, di padatkan
1/2 cup creamy peanut butter
2 biji telur
1 tsp vanilla
3tbs miniature choc chips

Campurkan oat, baking powder dan tepung. Gaul rata dan ketepikan.

Pukul Gula, gula perang, butter dan peanut butter hingga berkrim.

Campurkan telur dan vanilla. Pukul hingga ringan dan kembang.

Campurkan adunan tepung tadi dan pukul hingga rata.

Tutup dan sejukkan dlm fridge dlm 1-2 jam. Atau sehingga doh boleh di pegang tanpa melekit.

Panaslan oven 175C. Untuk setiap bear, buat sebiji bulat besar untuk badan, bulat sedang untuk kepala dan 7 bulat kecil untuk tangan, kaki, telinga dan hidung. Letakkan choc chip untuk mata dan navel. (Aku habis stock choc chip jadi guna decorating sugar aje) Sedang aku meletakkan mata bear, Ammar bertanya " Mana nenen bear mommy?" Aku tergelak besar dan enggan buat tapi Ammar paksa aku letak juga nenen bear! aduhhhh...aku buat tapi untuk seekor sahaja. Just to satisfy him.

Bakar selama 9-11 minit atau sehingga keperangan. Untuk dulang pertama, Sayang gelakkan aku sbb bear jadi GEMUKKKK...macam org eskimo kata dia. Ammar dan Riana buat muka terkejut depan oven! Aku tak tahan nak ketawa. Jadi untuk dulang kedua aku buat bear kecil sikit...baru comel.

Tadaa! siap untuk di ngap! Budak2 blh cicah susu...sedappp
Selamat mencuba!

10 comments:

Zilla on June 29, 2009 at 12:33 PM said...

amboi, gebunya bear dia..hehehe

bel..dah lama tau kiter tingin nak rasa air tangan bel..kirimla kat sini sikit bel...bukan jauh pun..ekekek (anak sapa la yang tak tahu malu sungguh ne...) hehehe

Unknown on June 29, 2009 at 1:12 PM said...

bertuahnya ammar dan riana..mummy selalu masak yg special..bukan cam untie ni..suka beli je..

Unknown on June 29, 2009 at 1:12 PM said...

bertuahnya ammar dan riana..mummy selalu masak yg special..bukan cam untie ni..suka beli je..

beldandy on June 29, 2009 at 2:47 PM said...

iskk..jgn cakap gitu zila..nnt bel hantar seteko air basuh tangan ye...kekekkeke

ala dani..bukan apa saja je..bel suka buat benda2 tu..hihii

Zilla on June 29, 2009 at 3:31 PM said...

la seteko nak wat apa? bagilah 5 6 teko...muahaha....tahun ne bel takde plan nak wat apa2 majlis ke kat umah...leh saya datg...hihihihi

beldandy on June 29, 2009 at 4:08 PM said...

hmmm...thn ni macam takde la zila...raya pun kitorang dah ke langkawi.

emmm....bila ek kita dpt jumpa ni..kita blh ajak zd sekali time dia turun kl

TashadeNatasha on June 29, 2009 at 8:16 PM said...

tembamnya dia. hehhe

beldandy on June 30, 2009 at 8:33 AM said...

ekekeke..tasha, bel pun macam terkujat bila tgk bear tu tembam dlm oven...hubby n Ammar gelakkan bel..si Riana siap buat mulut nganga....adoiii!

bhulat on June 30, 2009 at 9:37 AM said...

just want to say...after i read this entry..i just feel that i luv u soo much!!!!

beldandy on June 30, 2009 at 3:38 PM said...

betty, lepas ni aku buat step by step cheesecake tu nak tak?

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template