Monday, April 27, 2009

Semi Healthy Treat!

Last Saturday aku kerja. Penat.
Sedang aku drive balik rumah otak aku berfikir tentang cookies. Terasa plak nak makan cookies...yang hangat baru keluar dari oven.
Hmmmm....rasanya bahan2 ada kat rumah.
Sampai rumah dua beranak tu tgh tidur nyenyak.
Lepas lunch dan rehat sikit2 aku pun ajak Ammar & Riana (now I got 2 assistant!) masuk kitchen.
Ammar duk atas counter dan Riana duk dlm washing machine...hahahahaha...sbb dia kecik lagi nak duk atas counter macam Ammar! nanti habis ingredients aku terbang ke lantai!

Timbang2..sukat2...pukul2...gaul2....
Tadaaa! ni dia DOUBLE CHOCOLATE OAT COOKIES

ini resepinya :
1 cup coklat pieces
1 cup coklat chip
1/2 cup butter, softened
1/2 cup granulated sugar
1 egg
1/4 tsp vanilla
3/4 cup tepung
3/4 cup quaker oat, uncooked
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 garam; optional

Panaskan oven pada suhu 190C. Cairkan 1 cup coklat pieces, ketepikan.
Then pukul butter dgn gula sampai fluffy gitu. Campurkan coklat cair tadi, telur dan vanilla. Pukul skit. Kemudian campurkan tepung, oats, baking powder, baking soda dan garam. Gaul hingga rata. Masukkan coklat chip dan gaul rata. Sudukan bulat- bulat ke dalam dulang pembakar dan bakar dalam 8-10 minit. Sejukkan 1 minit atas dulang dan alihkan ke wire rack. makes about 3 dozen cookies. sedihnya...cookies aku dah habis petang semalam. right now aku rasa nak buat lagi...tak puas makan!

Note : * Kalau guna coklat yang manis, gula sila kurangkan. ** cookies ni agak chewy, aku kira sebab guna smooth & creamy oats.

Selamat mencuba!!!

3 comments:

Unknown on April 27, 2009 at 12:53 PM said...

bestnya....bila la dani nak tery..asyik2 donat donat...ekekekeke

Unknown on April 27, 2009 at 1:06 PM said...

try la dani..senang sangat tau.

TashadeNatasha on April 27, 2009 at 1:18 PM said...

menarik!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template