Wednesday, January 28, 2009

Snowball Chip Cookies

lama betul cuti kan?
Taklah..4 hari je. Itupun dah rasa malas nak pergi kerja after that...
Jumaat lepas aku sempat bakar kek pisang coklat chip, bawa balik kampung habis kena sental.
Balik rumah kitorang lepak habis...
Tapi semalam tekak aku rasa nak sangat makan biskut.
Bila aku jenguk butter dlm fridge, masih keras...apalagi aku terus masukkan dlm microwave nak kasi lembut sikit. Belek punya belek, aku decide nak buat Snowball Chip Cookies. At first aku rasa sangsi juga sebab resepinya tak ada telur tapi belasah je la...lagipun setakat ni resepi dari kitab biskut aku tu tak meragam. Nak buatnya sangat senang seh! tangan pun tak kotor even dia dari category hand-formed cookies. So dalam masa tak sampai sejam aku dah pun mengunyah cookies panas yang baru keluar dari oven. The moment aku makan cookies ni aku terus teringat biskut raya! rasanya memang very typical biskut raya...sedap dan tak muak. Kepada yang berminat sila ikut resepi di bawah, Selamat Mencuba!1 1/2 cup butter @ marjerin di lembutkan
3/4 cup gula icing
1 tbs Vanilla essence
1/2 tsp garam
3 cup tepung
2 cup mini coklat chip
1/2 cup kekacang yang di cincang halus
sedikit gula icing

Panaskan oven pada suhu 190C.
Pukul butter, gula, vanilla dan garam sehingga berkrim.
Sedikit demi sedikit masukkan tepung, kekacang dan mini chip.
Bulatkan sebesar ibu jari dan susun di atas ungrease pan.
Bakar selama 10-12 minit. Kemudian ayak gula icing ke atas cookies (masih dalam pan).

4 comments:

Nonchalantly anxious on January 28, 2009 at 5:02 PM said...

Alah rajinnya awak ni asyik buat kueh mueh je... Bertuah cik abang!

zdiana on January 28, 2009 at 5:04 PM said...

boleh ek butter masuk microwave?? just sampai lmbt jer kan?? tak cair?

TashadeNatasha on January 28, 2009 at 11:16 PM said...

akak aku yg sorg ni mmg rajin.

Unknown on January 29, 2009 at 9:19 AM said...

ala Jem, cik abang bukan makan pun..anak2 yang sental.

Zd, boleh tapi guna power rendah dah hanya beberapa saat je...

tasha, bukan rajin tapi menyahut seruan tekak! hehehehe...

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template