Monday, January 12, 2009

Jalan-jalan hujung minggu

Semalam kitorang pergi jalan-jalan kat OU. Yelah macam dah lama tak singgah situ plus Sayang pulak tengah cari baju nak pakai pegi dinner nanti. The keywords is striking and stunning. At first nak sewa aje tapi baju yang aku nak tu dah di sewa pulak so Sayang kata beli aje. Dia nak beli yang simple aje sbb malam tu nanti dia kena entertain banker. Anyway dekat dua jam kami round OU nak cari baju yang sesuai baru jumpa. Then tak lupa juga beli temporary hair spray colour! Aku pilih warna hijau sbb baju dah warna kuning. Akulah yang akan spraykan rambut Sayang jawabnya! Then kitorang singgah tgk stroller, luckily jumpa pulak yang untuk twin. Test punya test kitorang pun decide beli untuk birthday Riana n Ammar. Senang citer, bawa satu je stroller. Riana pun makin berisi, letih aku mengendongnya. Ammar pulak takmau jalan lama2, mesti nak duk dlm stroller; paling teruk dia minta dukung...pengsan kitorang! (dah la dedua kurus)

Tengok Ammar & Riana posing dalam stroller baru. Beli je terus pasang dan gunakan sebab aku dah lenguh tahap gaban dukung Riana. Dia plak pandai main terbalik-terbalikkan badan dia! Jalan2 lagi ingat nak cari sandal aku pulak tapi sebab dah lama sangat kat OU, anak2 pun dah letih, we decided next time aje la. Aku pulang ke rumah dengan hati yang rasa tak best sebab tak dapt beli wedges yang aku nak sangat tu. Errr..bila dah ada stroller baru ni dah rasa nak pergi berjalannnnn aje pulak.

Yanggg...Sabtu ni kita gi OU lagi ye???

1 comments:

alerts on February 4, 2009 at 5:38 PM said...

It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
nike shoes

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template