Wednesday, November 26, 2008

Berangkat ke Tanah Suci

Semalam hari terkahir dia bertugas sebelum memulakan cuti untuk ke Tanah Suci Mekah.
Hari ini, hari untuk dia bersiap-sedia sebelum berangkat ke KLIA pagi nanti.

Aku sebenarnya agak rapat dengan boss aku yang seorang ini.
Bukan ada hubungan apa...cuma dia menganggap aku seperti adiknya manakala aku merasakan dia sebagai seorang abang. Aku bebas nak berbaul ttg apa sahaja termasuk jika aku inginkan pendapat yang berbau peribadi. Begitu juda dengan dia. Banyak kisah hidupnya yang telah dia kongsi bersama dengan aku. Dan aku sangat hargai relationship seperti ini. Bukan setakat dia sahaja, malah isteri dan anak2 nya juga baik dengan aku.

Semalam mulut aku cukup berat untuk mengucapkan selamat jalan. Entahla hati terasa cukup sayu.
Tapi aku terpaksa juga jumpa dia sbb dia kena sign untuk salary. Dia menyudahkan tugasnya sambil bercerita ttg persediaannya..katanya dia terasa semakin sibuk manakala aku sudah tak mampu untuk berkata-kata. Air mata berjurai turun. Bila menyedari situasi tu, dia seperti biasa menghulurkan tisu dan ask me not to say anything because he might join me soon...if i'm not stop crying!

Dear boss and Kak L*H, selamat pergi dan selamat pulang. Moga Allah berkati setiap langkah kamu berdua. Semoga ibadah abang dan akak di terima di sisiNya. Moga dapat haji yang Mabrur. Amin.

2 comments:

Unknown on November 27, 2008 at 9:53 PM said...

la..ingat u yg nak p makkah..baru nak congrats..

Unknown on November 28, 2008 at 11:28 AM said...

bukan..my boss..hehehhehe

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template