Tuesday, June 3, 2008

tamat la kisah ngeri

Dah quite sometime aku tangguh sambungan kisah mengigau ni. Sorry la semua sebab ada beberapa pekara yang begitu menganggu konsentrasi aku. Now that I am okay, i'm gonna cont...


Aku dengan beraninya pergi ke bilik Z, konon nak temuramah dia la. Di bilik tu ada roommate dia teman dia, jadi hanya kami bertiga dalam dorm tu. Yang lain semua tengah sedap lunch kat dewan makan. Dia nampak letih tapi tetap bertenaga. Z seronok bila aku datang menjenguk dia. Ramah aje dia melayan aku, semua soalan aku dia jawab dengan penuh perasaan. menurut Z dia tiba-tiba mendapati dirinya berada di satu tempat yang cukup asing baginya. Dia berlari-lari sebab nak selamatkan diri. kalau tak silap dia ada dalam kawasan berhutan gitulah. Kemudian dalam pada dia cari jalan keluar dia terjatuh dalam satu perigi buta. Kemudian dia ternampak K dan ingin nak minta tolong K. Malangnya K tak mahu dekat dengan dia, malah K ingin jauh2 dari dia. So Z rasa sedih sangatla. Patut la aku tengok masa Z tengah mengaruk aritu dia sibuk nak pergi dekat K! dan K pulak tak mo duduk dekat dengan Z....

Z sambung lagi cerita, masa pak guard datang, dia bukan datang sorang. Pak guard tu katanya datang bersama 7 orang puteri. Puteri tu mula2 menari-nari depan dia...cantik dan lemah gemalai. Tapi tiba-tiba puteti tu baling bola api dekat dia. Entahla betul ke tidak...aku angguk je bila dengar cerita Z. Kata Z lagi pak guard tu memang bukan calang-calang orang. Dia dengan puterinya memang kuat, cuma Z tak faham apa pak gurad tu nak buat sebenarnya. Oh ya! Z cerita pada aku beberapa hari sebelum tu dia ada terserempak dengan seorang budak perempuan di kelasnya. time tu waktu petang dia nak prep sorang diri kat kelas. Z kata budak perempuan tu tengah tunggu mak dia...mak dia tinggalkan dia kat situ, dia sedih. Menurut Z dia bawa budak tu balik dorm tapi pelik sorang pun tak nampak budak tu. Dalam hati aku dah mula syak sesuatu...aku teringat sikap K yang aneh...yang kerap memandang aku dengan penuh kasih sayang seorang anak!

Esoknya kami dapati ustaz membawa seseorang untuk membersihkan dorm kami. Malam tu kami semua solat berjemaah di lounge dorm berserta ustaz dan warden kami. Aku dan H berterus terang mengatakan kami amat fobia, kami berdua langsung tak boleh termenung, nanti kami akan terus melayang tanpa ingat apa-apa. Ustaz kata tu semangat kami telah lemah. Ustaz kemudian baca apatah then hembus kat telinga kami. Then dia berpesan pada kami semua supaya jaga kebersihan dorm. Pad tu jangan buang merata, kalau boleh cuci dulu sebelum buang. Begitu juga dengan sisa makanan (kitorang suka tapau makanan kat dewan makan n makan kat dorm) tu jangan bersepah...ia akan mengundang mahluk yang tak diundang sbb itu makanan mereka. Satu lagi ustaz berpesan, kalau boleh jangan simpan anak patung. Kami pun apalagi...menyerahkan segala bear, bunny yang ada...bila cerita ni baru aku teringat, bunny aku masih ada pada ustaz tu. padahal dia cakap bila dah habis SPM blh amik dekat dia...kiranya anak ustaz tu mewah la malam tu sebab dpt banyak toys!

Keesokkan harinya penolong pengetua menghantar Z pulang ke rumahnya. Senyap seketika kisah tentang Z. Tapi hubungan antara kami dan K sudah agak menjarak. entah apa silapnya kami masing2 seolah enggan mendekati satu sama lain. aku tahu K sedih dengan kesan kejadian ini. Walhal kami dulu teramat rapat. Bila Z pulang ke asrama, dia nampak ceria seperti biasa dan mula rapat dengan K. itu yang kami perasan. Aku pun seperti biasa jadi reporter cabuk sibuk nak tahu apa yang terjadi. Aku bertanya Z siapa yang pulihkan dia. Z memang tak lokek cerita sebab dia sememangnya amattttt ramah.

Menurut Z, dia di bawa berjumpa ustaz Harun Din. Ustaz menyuruhnya membaca satu surah tanpa putus sementara ustaz turut membaca surah-surah lain. Z mendapati dia berputar di atas karpet bulat yang didudukinya. Tiba-tiba dia berada di satu perkampungan sami. Di situ semua orang memakai baju berwarna kuning dan mengenakan rantai manik kayu. Di situ Z di sapa oleh seorang ketua sami, dia memberitahu Z dan ustaz bahawa dia mahu agar Z memanjat bukit bertangga yang amatttt tinggi. Diatas bukit itu katanya ada sebuah cerek emas, dia inginkan cerek emas tersebut dan Z harus mendapatkan untuknya dengan syarat cerek tersebut tidak boleh jatuh ke tanah. Z akur dan berusaha mendapatkan cerek tersebut tapi malangnya terjatuh dari tangga tersebut. Ketua sami sangat marah dan mengugut untuk membuntingkan Z! ustaz naik marah lantas meneriakkan azan sekuat hati. kata Z lagi, suara ustaz amat kuat dan tiba-tiba Z lihat ustaz menjadi amat besar. perkampungan itu nampak amat kecil pada pandangan matanya. Ustaz mencapai perkampungan tersebut lantas meramas-ramasnya menjadi debu. Tak lama lepas tu Z kembali berada di alam nyata. itulah kisahnya....

Sehingga kini aku masih hairan...apa kaitannya sami dengan cerek emas dengan Z.
mengapa dia memilih Z...dan bagaimana dia boleh tiba di tempat kami...
Cuma yang pasti peristiwa itu tetap lekat kejap di ruang ingatan aku...
Khabarnya Z sudah merantau jauh di rantau orang. Suaminya juga bukan warganegara malaysia. Harap Z bahagia...

1 comments:

Anonymous said...

gitu kisahnya kisah az**a tu yer..
saya dulu bekas mentee dia

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template