Tuesday, May 13, 2008

Cerita tentang mengigau...

Bila ingat kembali tentang kisah mengigau ni aku rasa nak tergelak besar.
Ammar, my eldest son memang kerap juga mengigau esp bila dia terlalu letih. Kadang-kadang tiba-tiba dia cakap : "mommy dog!" aku cuma iyakan dan sambung tido semula. Daddy nya pula rajin juga mengigau...hehehhe..hahahha...tak boleh cerita kat sini, dah masuk membuka aib suami ni...ekekekkek....

Tapi yang paling aku tak boleh lupa is kawan aku yang (tak tau nak ketegorikan apa) punya mengigau. Dahsyat! memang dahsyat. K ni kalau mengigau, kitorang semua boleh berborak dengan dia macam biasa. Bezanya matanya tertutup dan kami tak tahu apa yang sedang berlaku di alam mimpinya. Jadi kami kenalah banyak bertanya untuk tahu apa yang sedang di mimpikan oleh K. Seringkali juga kami di'bodoh' kan oleh K kerana dia pelik kenapa kami tak nampak apa yang dia nampak! wakakakka...memang tak nampak pun K! memang kelakar...K akan nyanyi bila di suruh nyanyi...siap buat lagak superman lagi! adeh! sakit perut gelak la kitorang semua. Kami memang suka sangatlah kalau tgh study tu (tgh malam) K yang tengah sedap membuta tu tetiba bersuara. Apalagi kitorang terus tutup buku n layan K punya ngigau! wakakkakak....

Dan satu malam saat yang biasanya kelakar hingga buat kitorang pecah perut telah bertukar menjadi amat menyeramkan...alamak...bulu roma pun dah berdiri ni.
Malam tu aku study sampai larut malam. Then tgh syok mengadap buku biologi ada lah berlaku beberapa insiden yang mencurigakan. Aku tanak la citer kat sini sebab panjang sangat kisahnya. then bila semua dah setel kitorang pun tidurla termasuk K. disebabkan aku dan H tak boleh tidur, kami pun berborak di tepi K yang sedang tidur. H duduk di hujung kaki K dan aku plak duduk di hujung kepala K. Sedang asyik berbual dengan H, tiba-tiba K berbunyi. Kami berdua tersengih lantas terus melayan mimpi si K. Then perbualan kami bertambah panjang bila aku dan H bertindak mengorek rahsia K dan boyfriend nya. K menyebut tentang dia berjumpa dengan bomoh bla bla bla. then H bagitau aku bahawa K buka mata. Tapi bila aku tunduk melihat K, matanya terpejam rapat, jadi aku teruskan menyoal K. Tak lama kemudian H sekali lagi menyatakan pekara yang sama terhadap aku dan sekali lagi aku dapati matanya masih terpejam. Setelah beberapa minit tiba2 mataku terlihat akan air muka H yang berubah, secepat kilat aku tunduk memandang K. masya allah! mata K terbuka bulat memandang ke arah aku! Aku sangka K masih mengigau lalu aku kejutkan K. tapi K mula tertawa kecil. Aku marah K dan minta supaya dia bangun dan sedar tapi dia tetap begitu tersengih-sengih sambil bertanya kenapa aku nak marah. J yang sudah ketakutan terus melompat dari atas katil dan menarik lengan aku keluar dari bilik. Kami berlari menuju ke bilik lain yang jaraknya agak jauh. di situ kami melompat terus ke atas katil kawan aku. tak sampai 5 minit kami dengar bunyi tapak kaki. cukup 5 tapak sahaja (which is very mustahil) K sudah berada di hadapan bilik itu dan dia tertawa dengan amat kuat! kecut perut kami mendengarnya. Seterusnya K terus mengganggu kami. She specifically say my name.... mungkin kerana aku sebut nama aku sewaktu mengejutkan dia tadi. K terus menarik tangan, kaki aku supaya aku bangun. Dan kami terus kaku menutup kepala dan muka dengan bantal. Alfatihah kami juga sudah kelam kabut, hujung pegi tengah, tengah pegi hujung...caca marba...jantung rasa nak meletup! setelah agak lama, aku dah tak tahan lagi. aku dan kawan aku sepakat untuk menjerit dan menyudahkan episod seram malam itu. Dengan kiraan 1..2..3...kami bangun dan terus menjerit! pada masa yang sama K bercekak pinggang sambil ketawa dengan kuat seolah-olah gembira kerana berjaya membuat aku bangun. Bila semua dormate aku bangun K cepat duduk di hujung katil dan ingin mencapai kaki aku (kami masih menjerit tau!) Aku tendang k sebab takmo dia sentuh aku. Bila bebudak lain bukak lampu bilik tu, K terus terduduk sambil menekan-nekan dadanya...sakit katanya. Bila ada yang pandai boleh uruskan K, aku dan h terus keluar ke lounge untuk meredakan jantung kami...

esoknya kami menelefon mama K supaya ambil k pulang. Sebelum K di jemput pulang dia memang acting very weird. Dia tatau nama dia yang sebenarnya...dia tak kenal sesapa pun kecuali aku! apa2 pun semua minta dengan aku! haru betul....senja tu mama K datang jemput dia. Kami sangka semuanya akan berakhir di situ tapi sangkaan kami jauh meleset. rupanya kisah itu hanyalah satu permulaan kepada kisah yang lebih serammmm....

1 comments:

Anonymous said...

I KNOW THIS STORI..MASA KAT KAY TEE kan..BUDAK DORM CEMPAKA EK...MMG SERIAU..

ADK77

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template