Wednesday, April 23, 2008

Definasi Sahabat

Sukarkah untuk mendefinasikan sahabat?
berbezakah teman, sahabat, kawan atau kenalan?
Sejak dulu aku memang tergolong dalam kategori orang yang agak cerewet memilih kawan.
Mengapa ya? entahlah...tapi aku mudah bergaul. Tak kira walau dengan siapa, aku tetap boleh berbual cuma mungkin tidak sampai ke tahap kawan...ya mungkin as kenalan.

Jadi setakat ini kawan yang aku ada cukup sebelah tapak tangan aku untuk di kira.
Aku definasikan kawan aku sebagai orang yang paling rapat dengan aku selain suami dan anak-anak.
Aku jadikan juga kawan aku sebagai tempat aku berkongsi suka dan duka. Setaip dari mereka mempunyai karekter yang berbeza serta cara perkongsian maklumat yang berbeza.

Tapi baru-baru ini aku merasakan aku semakin jauh dengan teman rapatku...
Entah mengapa jurang itu semakin dalam...
Aku tahu dia sibuk menangani dunianya yang nyata lebih mencabar berbanding aku.
Aku juga tahu dia sedang berusaha keras untuk melupakan kisah silam dan terus berjuang demi anak-anaknya.
Tapi teman, kita semakin jauh...
Aku amat rindukan dia...rinduku ini seputih salji tebal yang sukar untuk mencair.
Aku rindukan hangat mesra perbualan kami agar dapat mencairkan salji itu.
Pernah sekali aku mengalirkan airmata sewaktu memandu pulang kerumah. waktu itu aku terlalu rindu pada bicaranya...terlalu rindu pada masa lalu di mana kami sering ada masa untuk mendengar keluhan masing-masing.

Jika dulu dia menyatakan dia juga rindu pada ku bila aku nyatakan pekara yang sama tapi kini dia hanya cuba menukar topik...mengelak untuk membicarakan betapa aku merindui dia.
Dia adalah cermin terbaik buatku.
Dia adalah pendengar terbaik bagiku.
Dia adalah penceramah terbaik untukku.
Dia adalah antara yang terbaik yang aku punyai...
tapi kami semakin jauh...dan aku tak tahu apa puncanya...

buatmu teman ( you knew I meant it for you),
Aku amat merinduimu...

2 comments:

Nonchalantly anxious on May 9, 2008 at 2:32 PM said...

Di atas sebab2 tertentu, i don't have best friends..i and i don't mind not being someone's bet friend too...

Unknown on May 20, 2008 at 5:38 PM said...

jem...

i consider u as one of my best cyber friend.

Bel suka Jem sbb jem tak hipokrit.
you are loud, sarcastic sometimes but you really sounds honest! that what i like about you...

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template