Saturday, February 23, 2008

kembali...

hmmmm...lama betul rasanya tak berenang-renang di internet. Memang terasa rindu. Sesekali aku cuba surf dari PDA tapi kosnya agak mahal. Dalam masa tak sampai dua bulan habis prepaid aku RM 90.

5 January yang lepas jam 2.43 pagi aku telah selamat melahirkan seorang puteri untuk suamiku. Aku bersyukur sangat kerana berjaya melahirkan secara normal. Memang terasa amat sakit berbanding C section tapi aku akui proses penyembuhan bersalin normal lebih cepat. Seronoknya aku bila dapat melihat wajah baby buat kali pertama. Dia ada iras abangnya Ammar cuma rautnya more to girlish la. Suami tercinta sampai tak lama selepas aku selesai di jahit (errrrkkk...) dia nampaknya turut tersenyum kegembiraan. Suka betul dia lihat baby. Kini anak kami dah sepasang! Well aku agak lemah selepas melahirkan sebab banyak darah yang keluar. Aku terjatuh tatkala hendak ke toilet, mujur aku di papah oleh Sayang! Nurse kata muka aku nampak amat pucat dan aku beritahu bahawa aku teramat penat hinggakan aku tak mampu berjalan sendiri ke toilet. Dan aku di masukkan air sebotol dan di suruh berehat, Mujur selepas itu aku ok.

Berpantang memang melelahkan apatah lagi bila mama kata aku terlalu pucat. Tambahan pula aku terpaksa berjauhan dengan suami tersayang. Macam-macam ubat yang terpaksa aku telan. Rempah original resepi arwah uwan, pati ikan haruan polleney, telur separuh masak dan macam-macam lagi. Paling teruk aku terpaksa minum susu yang sememangnya tak boleh masuk tekak aku ni! hadoi....at first memang terasa lambat waktu berlalu tapi bila aku hampir di jemput suami, aku terasa masa teramat pantas berlalu. Kalau beberapa minggu yang lalu aku kerap rindukan suami yang jauh tapi kini setelah pulang ke rumah sendiri, aku rindukan mama, abah dan adik yang berada nun jauh di alor setar. entah bila kita akan bersua kembali dik...mungkin raya nanti.

Hari-hari terakhir aku berpantang sering membuatkan aku bimbang. Aku bimbang aku gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik kelak. Aku bimbang aku gagal mengawal anak-anak. aku risau aku tak dapat menguruskan rumahtangga. Aku bimbang baby tak mahu hisap botol, aku bimbang nak meninggalkan baby di nursery dan seribu satu macam kebimbangan lagi. Air mata sering bergenang di tubir mata. Mama kata jangan bimbang, everything will be okay. But still aku tetap bimbang. Tapi kini aku berasa sedikit lega kerana mula mendapat rentak yang aku cari. Cuma aku terasa penat. Patutlah kita di sarankan menjarakkan kelahiran anak. Fungsinya bukan setakat untuk proses pemulihan ibu tapi amat luas. Aku sering menangis di waktu malam sambil menatap wajah Ammar, kerana aku terpaksa memarahinya during the day. Well, dia taklah nakal tapi sikap manja yang langsung tak boleh berenggang dengan aku yang sering membuatkan aku hilang sabar. Sedangkan aku perlu juga berikan perhatian buat si kecil. Ammar masih belum faham bila di suruh diam. Apa yang dia lakukan adalah pekarang yang sering dia lakukan sebelum adiknya lahir. Jadi baginya dia berlaku seperti biasa, tiada salahnya. Ya! memang aku akui itu tapi things are bit different with newborn are around. Jadi Ammar yang sering jadi mangsa dan akulah ibu paling teruk kerana sering memarahinya! Ya tuhan....

3 comments:

Anonymous said...

tahniah dpt baby kedua moga jaga kesihatan dan kembali menulis..mama dgr ada sambungan nvl 'biarlah rindu ini berguguran'..
apa pun lepas pantang kembali menulis bila terpandang si comel kat sebelah..

mamaJ

Unknown on February 28, 2008 at 12:33 AM said...

thanks mama...actually samb novel tu mmg dah hantar tp still dlm penilaian editor. harap sangat dapat lepas. well, lepas dh 2 anak ni masa pun makin jeles dgn kita la...so byk projek kena slow kan skit. hopefully bila dh dpt pace yg betul ria akan dpt menulis dgn lebih pantas.

Nonchalantly anxious on March 4, 2008 at 2:43 PM said...

Tahniah Bel..i miss you!!!!
Dah lama kita tak borak kan?
Hope your new life with new baby is great!!!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template