Sigh....
Sejak beberapa hari ni aku dah mula rasa takut.
Aku dah mula terbayang rasa sakit nak bersalin yang pernah aku alami awal tahun lepas...ya Tuhan, cukup menakutkan aku!
Aku juga dah mula terbayang betapa susahnya suamiku menanti di sebelahku dengan perut yang kosong dan mata yang mengantuk...
Fobia melahirkan Ammar dulu masih belum hilang...bila kenangkan kembali mmg aku cukup takut!
Bukan itu sahaja yang merisaukan aku...ada lagi beberapa pekara...
Aku risau memikirkan samada aku mampu untuk handle dua orang anak yang masih kecil. Mampukah aku? pada waktu yang sama, aku juga harus menguruskan suami tercinta...dia tak boleh aku abaikan...
Tak dapat aku nak bayangkan bagaimana nak handle semua tu...dengan tugas2 di rumah lagi...anak2..suami...cukupkah masa 24 jam yang ada tu? makin bersepahkah rumah aku nanti? sempatkah aku memasak untuk mereka? risau...risau...
selama ini suami dan aku berkorban tekak demi meluangkan masa untuk Ammar. Kami sanggup makan lauk yg di beli. Jadi aku ada masa untuk Ammar...setiap kali bersama Ammar, aku akan masukkan sedikit input dlm dirinya...hasilnya memang memberansangkan. Ammar cepat tangkap apa yang aku ajar. Paling aku suka, dia cukup cintakan buku...
Jadi mungkinkah aku dan Sayang terpaksa berkorban tekak lagi untuk anak kedua?
tak adil bukan kalau aku biarkan dia tanpa perhatian...sedangkan masa yang aku ada cukup terhad...
focaccia with zucchini and potatoes
1 day ago
3 comments:
it's either 5th Jan 08 or 7th Jan Jem...takutnyaa...
sepah sepah tu case biasa lah ria. Anak2 Minah yang dah besar2 ni pun....walau tak berape besar....masih sepahkan rumah. Dah dikatakan budak, tetap perangai budak jugak hehehe
thank you jem! muahhh!
Post a Comment