Friday, August 10, 2007

Susu Bantuan

Kerajaan kaji mansuh Program Susu Sekolah

Oleh HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 9 Ogos – Kementerian Pelajaran menimbang untuk memansuhkan Program Susu Sekolah (PSS) sekiranya program tersebut terus mendatangkan kemudaratan kepada murid-murid.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian tidak mahu usaha melonjakkan institusi pendidikan negara ke peringkat antarabangsa terjejas disebabkan murid-murid masih dibelenggu dengan isu keracunan makanan.

‘‘Kita perlu mempunyai pilihan yang sesuai sekiranya susu yang dibekalkan itu didapati tidak sesuai atau menyusahkan semua pihak.

‘‘Saya ada mengadakan perbincangan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek baru-baru ini bagi memikirkan alternatif yang sesuai untuk menggantikan susu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skuad Jelajah Motivasi Peperiksaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)-NAZA 2007 di sini hari ini.

Itu sedikit keratan akhbar muka depan (Utusan) hari ini. Sudah sekian lama aku mengikuti kisah susu bantuan ini dan rasanya pelbagai persoalan yang timbul di benakku. Bila berlaku kejadian sebegini mengapa tiada siasatan telus yang di jalankan? ada? siasatan yang bagaimana tu? adakah pihak yang berkenaan menyiasat bagaimana susu itu boleh tercemar? adakah mereka siasat dari akar umbi? bermaksud menyiasat dari mula susu itu di kilangkan sehinggalah tiba ke tangan pelajar malang terbabit? Sudahkah mereka semua lakukan itu semua?

Tambah menghairankan mengapa pula hendak di kaji samada program itu perlu di hentikan atau tidak? bukankan itu salah satu program yang bagus kerana ia merupakan satu nikmat buat pelajar kurang mampu. mengapa tidak di kaji sahaja tentang pengilang serta pembekal susu itu? Aku bukanlah menyokong sesiapa dalam hal ini tapi kes ini terlalu jelas lagi bersuluh. Sepatutnya mereka selaku bijak pandai, tahu apa yang perlu mereka lakukan. Mereka harus tahu kecuaian ada di mana-mana. Tidak mustahil kesilapan berlaku di waktu susu di pack kan...tidak mustahil juga kesilapan berlaku sewaktu pembekal menghantar bekalan dan mungkin juga kesilapan berlaku di pihak sekolah sendiri! jadi siasatlah secara telus. Jangan jadikan anak bangsa harapan negara menjadi mangsa. Sudahlah mereka miskin, kita aniaya mereka pula!

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template