Tuesday, May 15, 2007

Bermulalah satu episod baru

Aku dah mula rasa mual. Perut rasa sebu sepanjang masa...tekak terasa kembang..errrggghhh. Nak makan apa pun tak tahu kerana tak lalu. Mujurlah kepala tak pening. Nampaknya kali ini aku agak lemah dalam menahan ini semua berbanding pregnancy yang pertama. Sewaktu mengandungkan Ammar, aku cuma mengalami masalah angin dan tak cukup tidur. Tapi aku cukup bersemangat untuk jaga pemakanan. Setiap masa aku mengunyah! Namun keadaan sedikit berbeza untuk kali ini.

Aku membuat nota dalam kepala agar membawa CD Quran untuk aku dengar sepanjang masa di Office sambil aku melalukan tugas. Selain itu, aku juga harus kuatkan semangat agar bayi dalam kandungan aku juga kuat seperti mommy nya! John, jangan confuse ya, Ria bukannya sakit apa cuma sakit buatan orang! kah! kah! kah!

Aku tahu aku mesti berpandangan positif dan enjoy my pregnancy as much as i can. Tapi untu beberapa bulan pertama ini pastinya sukar. Kamu mesti kuat Ria! mesti tabah! mesti jaga kesihatan macam teman-teman pesan...semuanya untuk bayi dalam kandungan ini! insyaallah...

11 comments:

Anonymous said...

tahniah ria! i'm so happy for u..aku pun dah mula rasa mual2 ni tp aku blom check lg. xtaulah. just hope for the best!

MeduSSa

Unknown on May 15, 2007 at 5:21 PM said...

wah! kali pertama jenguk sini ya! pergilah check kak? maybe kita sama kut!

Anonymous said...

tahniah!

Anonymous said...

ntahla ria..malas nak cek takut prust! tp smlm dah bantai satu tupperware jeruk! uwaaaaaaa...mungkinkah aku hanya bermimpi!

Unknown on May 16, 2007 at 9:42 AM said...

jangan macam tu kak med! at least bila dah tahu kita boleh take precautions....pergi check tau!

Anonymous said...

tajuk ni perlu ditulis 'Bermula 2 episod' huhuhuhuh

Unknown on May 16, 2007 at 12:02 PM said...

hehehhe...dua episod ya smile! pandai dia!

Anonymous said...

ria..so apa jd dgn novel med tu..kena tunggu ko abeh banak ek? wakakakaka biler due?

Unknown on May 16, 2007 at 5:18 PM said...

mana boleh tunggu bersalin kak med...nanti ria akan usahakan agar siap before bersalin...la ni dah bab 5 dah...

Sue on May 16, 2007 at 6:54 PM said...

part yang mual2 dan fening2 lah yg kadang macam berat nak ngandung lagik *tapi mmg factory dah tutup hehehe*

Unknown on May 17, 2007 at 8:40 AM said...

betul tu minah, rasa macam serik sangat terutamanya kalau kita ni sentiasa in control of our body. ermmm...tgklah rasanya kalau cukup 2 nak juga tutup kilang!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template