Monday, April 9, 2007

Sesekali memasak

Sewaktu mula-mula berkahwin aku cukup rajin memasak (even aku tak reti sangat) sebab Sayang suka makan di rumah. Tapi lepas pindah rumah baru aku pula pregnant my first babyboy tu. Nasib juga sempat kemas rumah sebelum aku lekat! During pregnancy I'm not very mobile. Yang ketaranya aku kerap rasa penat dan letih (rumah pula makin jauh dr office!) dan tak boleh langsung kurang tidur. Kalau aku tak cukup tidur confirm sakit kepala dan badan akan rasa lemah. So Sayang kata tak payahlah masak. Kitorang pun berdua aje. Balik kerja he fetch me at my office and we went for dinner before headed home. Masak memang jarang sangat.

Bila baby lahir, aku ingat nak memasak semula. Yelah...sayang je periuk canggih (That's what he called it) terbiar tak berguna. Tapi masalahnya babyboy plak nak aku duduk mengadap dia. Kemana sahaja aku pergi dia nak aku bawa dia. So how am I going to cook baby? Pernah sekali hampir2 minyak terpercik nak terkena kaki dia! masa tu nak goreng ikan...luckily he wear bootees. Lepas pada tu aku serik rasanya. Sayang sekali lagi bagi kemudahan pada aku. Katanya tak perlu masak during week days. Dia bagi duit dan aku cuma perlu beli lauk..and sometimes kalau dah lambat beli nasi sekali. Dengan cara ni at least aku ada masa nak layan babyboy, mandi dan rehat sikit. Babyboy memang sukala bila aku boleh spend time dengan dia. Ada juga masa aku nak ajar dia.

Tapi lama-lama rasa rindu juga nak memasak. Resepi yang melambak tu sesekali je aku belek. Sayang kata hujung minggu je masak. Itu pun kadang2 aku tak masak sebab kitorang keluar. Tapi semalam, Sayang minta aku masak lauk ketam telur dan ikan kembung goreng bawang. So early in the morning lagi kitorang dah pergi kedai beli barang. Lepas aku prepare breakfast, aku pun start masak while Sayang jaga babyboy. Bila dah siap masak tu rasa syok je sebab dapat masak tuk Sayang. Cuma aku lupa beli timun nak buat ulam. tak apalah...next time...

Resepi Ketam Telur ni mudah aje...goreng ketam tapi jangan garing sangat. angkat dan susun atas pinggan besar. Ketuk bawang putih dan tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan cili giling dan goreng sampai garing. Tambahlah garam dan gula kalau nak. Cuka jangan lupa ya! then campurkan sos tiram dengan air dan masukkan dalam kuali tadi. kacau dan biar menggelegak. kalau nak kuah banyak, lebihkan sikit airnya. Then pukul 2-3 biji telur ayam dan tuang dalam bahan2 tadi. Biarkan seketika dan jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri barulah kacau kuah tu. Then tutup api dan siramkan kuah atas ketam yang siap di susun. Kalau ada timun bolehlah susun kat tepi pinggan tu...(aku lupa nak beli timun!)


















Ikan goreng bawang pun mudah sangat. Goreng aje ikan ikut suka kita. Aku suka garing. then gaulkan bawang (banyak lagi sedap) dan kacang panjang (beberapa batang) dengan garam kunyit. then goreng dengan minyak sedikit. Angkat dan taburkan pada ikan goreng tadi. dah boleh makan.

4 comments:

Anonymous said...

hemmmm sedapnya, lapar la pulak wakakakaka

Unknown on April 10, 2007 at 4:41 PM said...

sekarang ni Ria tgh diet...malam makan roti je!

Anonymous said...

ooo diet, kenapa tengok body ok je.

Unknown on April 11, 2007 at 8:12 AM said...

peha ni besar la smile...then rasanya pinggang ni makin besar sebab kain baju kurung tak muat nak zip! uwaaaa!

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template