Monday, April 9, 2007

Konsert AF5 minggu 4

Berapa bintang aku nak bagi ya? heh! tak payahlah aku bagi bintang-bintang ni...tu ambil je bintang yang bersepah kat atas langit tu. To me concert last week memang boring and boring. Even boring, aku tengok jugalah sebab nak tahu apa jadi kat bebudak tu. Ada yang buat lawak ke...ada yang tertonggeng ke...ada yang sengal ke...

Fatin malam tu nampak comel dari biasa. yelah dengan rambut macam anak tangga tu aku rasa dia nampak pelik. Dahlah kurus! dik, makanlah lebih sikit, nanti terbang di tiup angin. Dia menyanyi memang boleh tapi setakat nyanyi di majlis makan malam gitulah...tapi nak menang any pertandingan tu tidaklah rasanya. Tak lama lagi sure dia di dambar untuk berlakon. Muka ada commercial value (esp sesudah di make up). Candy sepatutnya boleh menyanyi dengan baik tapi kenapalah ke laut china selatan jadinya! Lagu GEE punyalah sedap tapi di sumbangsihkan oleh Candy. Yang aku pelik penggkritik esp OGY boleh kata sedap! Then si Shawal, Aizat, Farha (berangan jadi backstreet boys!), Rizal (Sucks!), Noni dan yang lain setakat cukup makan je....ala...bosan la dik!

Apa yang aku perasan si pengkritik tu akan bergilir. Minggu ni puji, next week siaplah korang kena hentam kaw-kaw! apalah macam tu...kalau dah tak ok tu kata aje tak ok. Ini nak kesian pulak. Apa pun aku kembali berpegang pada pendapat Sayang. Katanya anggaplah AF ni tempat untuk bebudak ni bertapak. Be it singing, acting, modelling etc...Yelah, nak harapkan bakat yang tenggelam timbul tu memang payah nak naik sendiri. So dengan AF ni bolehlah guna as batu loncatan. Aku pun tak kisahlah. Sebab tu aku suka tengok konsert bebudak ni. Suka sebab boleh gelak bila mereka kena hentam or terbuat silap (macam mawi yang hancus lupa lirik!), boleh kutuk gak kaw-kaw kat umah bila tgk baju yang tahap malu nak cakap!, boleh tumpang feeling bila ada lagu lama-lama. Pendek kata aku boleh relax n enjoy tgk konsert tu tanpa perlu fikir banyak. Just watch and enjoy! Tapi lepas tu sure aku ke laman mamat ni tuk baca review pedas dia...time tu sekali lagi aku tergelak besar! thanks klubkidd...u make my day!

0 comments:

 

Dolce di Bel Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template